Saya berkahwin dengan seorang duda anak 1. Masa kami berkenalan, suami dan bekas isterinya memang sudah tidak bersefahaman dan ingin bercerai.
Selepas je talak jatuh, kami langsung nikah. Bukan saya penyebab mereka bercerai, sejak suami kenal saya, hubungan mereka memang dah hambar. Sebelum berkahwin saya sedia maklum yang suami dan bekas isterinya bercerai secara baik.
tidak bermsuhan dan masih berkawan baik demi anak. Saya anggap itu 1 perkara yang positif dan saya perlu terima untuk kebaikan semua pihak. Ceritanya begini, suami agak rapat dengan adik beradik sebelah bekas isteri. Dan saya juga turut ikut rapat dengan mereka.
Suatu hari kami pergi kenduri dan bertemu mereka (bekas isteri suami pun ada sekali), tapi saya cool sebab saya yang nak ikut suami dan sebelum pergi lagi saya yakinkan diri yang saya akan ok. Sedang rancak bersembang, suami pun mengajak birasnya sekeluarga pergi karaoke selepas isyak.
Sesampainya kami di pusat karaoke keluarga, rupanya bekas isteri suami pun ada sekali. Saya masih cool dan cuba tepis segala perkara negatif yang menyer4ng fikiran saya. Di dalam bilik karaoke, saya duduk di sebelah kakak ipar suami (kakak pd bekas isteri). Suami duduk depan skrin, sebelahnya anak, kemudian bekas isteri.
Saya hanya mahu anak gembira, bukan selalu dapat quality time dengan kehadiran kedua ibu bapanya, sebab anak duduk dengan bekas isteri dan 2 minggu sekali cuti sabtu ahad suami akan ambil dan luangkan masa dengan anak.
Yang paling saya tak boleh terima masa berkaroka lagu pertama yang suami nyanyikan adalah lagu Andmesh hanya Rindu, sekelip mata saya merasa yang lagu tersebut ditujukan pd bekas isteri. Dan malam itu tiada lagu yang selalu dinyanyikan untuk saya. Bagaimanapun saya tetap menyanyikan lagu yang menunjukkan saya sayang pd dia.
Bekas isteri dan anak turut berkaraoke dan semua orang enjoy pd malam tersebut. Tapi saya masih terkesan, saya tahu saya sedang mencemburui wanita tersebut. Kerana waktu mereka bersama dahulu suami teramat sayangkan dia.
Terkadang saya rasa saya masih belum dapat mengisi segenap ruang dalam hati suami. Keesokan hari saya meluahkan apa yang saya rasa pd suami dan dia menganggap saya tidak suka dia rapat dengan keluarga bekas isteri. Sebenarnya bukan itu yang saya cuba sampaikan.
Saya beritahu yang saya cemburu bila saya nampak kemesraan suami dan bekas isteri, dan saya ada menyebut tentang lagu² yang dinyanyikan. Tapi suami membalas dengan kata² bahawa cemburu saya tak bertempat. Saya berasa amat sedih pd waktu itu.
Akhirnya, saya cakap yang saya tidak kisah jika dia ingin berkumpul bersama² mereka dan tidak kisah jika bekas isteri ada sekali. Cuma selepas ini saya tidak akan ikut suami kerana saya rasa lebih selesa jika saya tidak nampak.
Saya ingin bertanyakan pendapat, adakah betul apa yang saya lakukan? Salahkah perasaan cemburu itu hadir dalam diri saya? Saya tahu bila bermain dengan perasaan, kita tak boleh paksa seseorang untuk menyayangi kita. Juga tak dapat memaksa untuk seseorang itu melupakan cinta pertama.
Tapi jika anda ditempat saya, adakah anda juga akan merasa cemburu? Apakah tindakan yang akan anda ambil? Sekarang saya hanya membiarkan keadaan begitu dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaik mungkin sambil cuba memenangi 100% hati suami..
Bagi saya, dirumah dan dimana sahaja yang ad saya disisinya, dia adalah suami saya. Di luar, terpulang pada dia. Saya percaya dia adalah suami yang baik dan saya amat menyayanginya.