Yang jadi masalah sekarang ni family dia masih salah kan aku atas ape yang jadi macam aku yang pegi beli benda terlarang tu bagi husband

Salam min. Tolong hide profile ye. kisah nye macam ni, hujung tahun lepas husband aku kantoi ambil benda terlarang. tu pun anak aku yang jumpe dan hampir termakan sebab dia ingat kan coklat. aku pun terus call unit nakotik.

sebelum ni aku ada perasan macam ada yang tak kene dekat husband aku dan aku minta mak mertua tegur perangai anak dia tapi mak dia buat tak tahu je bile aku cakap ape2 pasal anak dia. bile dah jadi macam ni aku pun ambik tindak kan sendiri.

satu family dia marah kan aku sebab aku sumbat husband dlm lokap. aku dah ambik keputusan untuk berpisah cara baik, kami pegi pejbat agama pegi mahkamah tapi husband tetap tak nak lepas kan aku sebab mase tu aku tengah pregnant  jadi dia tak nak baby tu lahir tanpa dia , jadi kami pn berbaik balik.

husband aku pn dah dapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan dia. Yang jadi masalah sekarang ni family dia masih salah kan aku atas ape yang jadi macam aku yang pegi beli benda terlarang tu bagi husband.

terutama mak dia lah, mak dia tetap salah kan aku dan tak mengaku aku ni menantu. bile mak dia dgn adik2 yang lain nmpak aku, dia orng terus lari sebab tak nak pandang aku. hari ni raya haji, aku raya dengan anak2 je sebab husband kene keje.

tak de baju raya, tak de juadah raya, nak balik rumah mak aku tak boleh, kawasan sana kene pkpd. sedih sngt rase nye bile dgr takbir raya pagi tadi . husband ad suruh aku bawak anak2 pegi rumah mak dia tapi aku jawab balik hri ni hari raya dia orng mesti nak suka2 berkumpul ramai2 anak beranak , aku tak nak nanti bile aku dtg dia orng dia masam muka pulak.

husband aku diam je bile aku ckp mcm tu. sekarang ni aku tgh pujuk husband nikah satu lagi, bagi mak dia puas hati.. sebelum ni pun aku ada cakap , tapi dia buat tak tahu je. doa kan aku terus kuat ye.