Jika sebelum ini ada yang memberi komen tidak menyenangkan kepada penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza, berkenaan anak kesayanganya, Siti Aafiyah.
Walau bagaimanapun, diva terkenal Malaysia nampak tidak cepat melatah dengan komen negatif, malah terus memuat naik segala aktiviti dan perkembangan puterinya.
Baru-baru ini, dalam satu perkongsian terbaru di IG penyanyi itu, memaparkan video Siti Aafiyah bersama pengasuhnya yang dipanggil sebagai kakak. Dapat diperhatikan, anak comel penyanyi nombor satu negara itu sudah semakin petah bercakap.
Nak buat mini love ke main osom…
Lebih mencuit hati adalah, apabila Aafiyah cuba membuat ‘mini love’ walaupun tidak menjadi, ditambah pula dengan kepelatannya kita menyebut perkataan ‘pewishhh’ (please), membuatkan ramai tertawa dengan gelagat comelnya.
Sumber : MediaOhSem