Vanidah Imran Terbuka Kembali Bersama Rashidi Ishak Setelah Setahun Berpisah

Tidak ada pasangan berkahwin untuk bercerai! Itu ayat klise yang keluar dari mulut kebanyakan suami isteri apabila ditanya sebab memilih untuk bercerai daripada berusaha mempertahankan rumah tangga yang dahulu dibina atas dasar cinta.

Aktres jelita, Vanidah Imran bergandingan dengan bekas suaminya, pelakon Rashidi Ishak dalam filem terbaru yang berjudul Daulat.

Filem dengan genre ‘political thriller’ ini baru sahaja selesai penggambaran dan bakal ditayangkan pada awal tahun 2020.

From the creators of JIBRIL. Coming out in 2020. . Her name is Suri, and she will make sure her party wins the next election, by any means necessary. . Starring Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya, Cristina Suzzane, and Zul Zamir. #DaulatMovie #politicalfilm #lacunapicturessdnbhd

A post shared by Vanidah Imran (@vanidah_imran) on Jul 26, 2019 at 9:09pm PDT

Mengulas mengenai penglibatannya dalam filem ini dan bergandingan dengan bekas suami, pelakon filem The Red Kebaya ini bersikap profesional.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan bekas suami. Hubungan kami memang sangat profesional dan tidak kisah jika kami bekerja bersama.


Gaped partners . #daulatmovie #therockingentrepreneur #actorslife

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on Jul 6, 2019 at 8:58pm PDT

“Sebelum ini pun, ketika kami masih bergelar suami isteri dan menjalani penggambaran di set yang sama, kami tidaklah duduk berdua sahaja. Hubungan kami memang sentiasa profesional kerana kerja adalah kerja,” katanya.

Vanidah dan Rashidi yang mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 telah berpisah pada 9 Ogos 2018 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

Tambah Vanidah, dia dan bekas suami turut menjalani sesi ujibakat sebelum mendapat watak yang mereka jayakan dalam filem Daulat.

Dalam perkembangan lain, Vanidah bakal mewakili Malaysia dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019 di Korea Selatan bersama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi).

Bakal berada di Korea Selatan bermula 29 Ogos hingga 7 September ini, Vanidah bersama 19 peserta lain bakal mewakili Malaysia dan bersaing dengan atlet-atlet dari 100 negara seluruh dunia.

“Semua menjalani sesi ujibakat, saya, bekas suami dan pelakon-pelakon lain. Andai kata jika saya tak profesional dan tak mahu dia bergandingan dengan saya, saya seakan menutup periuk nasi dia.

“Sedangkan sumber rezeki kami memang akan diberikan kepada tempat yang sama, iaitu untuk anak-anak kami yang sedang membesar. Jadi, tidak wujud masalah untuk bergandingan dengan bekas suami,” katanya lagi.

Perpisahan amat memedihkan bagi orang yang melaluinya. Pelbagai perasaan dan fikiran akan dialami seperti bingung, keliru, sedih, serba salah dan tidak kurang juga mereka yang menyesali keputusan yang telah diambil. Namun setiap yang berlaku bukan sahaja kemahuan manusia tetapi berada dalam perancangan Allah yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik apa yang ditakdirkan.

Sumber : Gempak