Salam min. Hide profile saya . Saya seorang isteri anak 5 dan kami sudah 7 tahun berumah tangga. sekarang saya mengandung anak ke 6 dan kandungan berusia 5 bulan. Saya terpaksa berhenti kerja sebab m4buk teruk.
Urusan rumah semua saya buat. Hari hari kalau ada bahan dekat dapur memang saya masak. Sekarang duduk rumah sewa tapi ayah saya yang tolong bayar. Bill2 lain pun ayah saya yang tolong bayar. Suami tak berapa nak ada duit .
Ayah saya bantu sungguh2. Tapi takkan sampai duit makan pun ayah saya nak kene bagi… contoh suami saya dapat duit 200. Seratus dia bagi saya. Katanya suruh saya simpan. Seratus buat belanje.
Saya tapi sehari dia bole habis kan beli jajan roti dlm 20 30 ringgit. N apa yang dibeli tu takkan smpai sehari pun bertahan. Tu belum lagi makanan anak2 kami.
Banyak kali saya cakap 20 30 ringgit tu bole beli barang dapur, baru ingat nak beli serai halia ayam sikit sebab barang dapur dah habis. Tapi dia habiskan dekat bende macam tu. Belum lagi flavor pod. Seminggu dua rm30. Saya menangis bercakap dengan dia semalam.
Saya mengandung 5 bulan seluar mengandung pun tak beli sebab tak ada duit. Pakai seluar lama letak getah sayur yang penting boleh pakai. Saya teringin nak makan roti gardinia dengan kaya pun saya tak beli sbn fikir rm5 boleh beli barang lagi penting dari roti.
Saya mengidam nak makan aiskrim BR pun saya tak ajak dia pergi makan sebab kalau makan duit tu boleh buat beli ayam masak seminggu.
Dah la barang baby pun saya yang beli. Untuk simpanan saya bersalin dan barang anak pun satu sen dia tak sediakan lagi. Saya masak lauk pun ayam 5 ketul setiap kali masak. 2 ketul bagi dia bawa bekal.
Pagi saya makan separuh dari seketul, tenghari saya makan balance yang saya makan pagi tadi. Anak2 pula makan telur sahaja. Bila dia balik petang makan lauk yang berbaki 2 ketul lagi ayam makan berdua. Dan anak2 lain makan telur lagi.
Untuk pengetahuan semua setiap kali beli ayam saya potong 18 sebab nak jimat tapi malangnya bila dia balik dia bawa balik takoyaki rm10 Goreng pisang dengan keropok lekor Katanya dia teringin. Habis kat situ je rm15. Setiap kali dia nak pg kerja saya check wallet dia ada ke duit nanti nak isi minyak lagi semua.
Dengan duit yang ayah saya bagi n dia bagi tu saya letak rm15 hari hari dalam wallet dia..banyak kali saya suruh jimat tp itu juga dia buat.Saya kat rumah tak cukup makan utk saya dan anak dalam perut. Mana lagi anak2 kami 5 org.
Semua kecik2. Yg sulung baru masuk darja 1. Fikir kalau saya makan lebih malam takkan dpt makan. Dengan nak simpan duit utk beli brg baby n duit bersalin lagi. setiap kali dia cuti dia bagi saya rehat tak payah masak. Tapi saya kene makan pagi on time.
Tengahari on time. kalau saya beli roti dah 2 3 ringgit. Jadi saya tak beli roti. Saya harap dia tolong bangun belikan nasi lemak, tapi tak. Pagi ni saya kejut dia, dia marah. Dia tanya apanya. Saya diam dia sambung tidur.
Saya makan nasi lebihan smlm dengan ayam peha dah tinggal tulang2. Isinya sikit sangat. saya panas kan. Saya makan jam 9. Pukul 12 saya lapar sangat sampai rasa nak muntah , saya kejut dia, dia marah, dia nak rehat. Saya tidur balik tahan lapar sbb dah smpai nak muntah.
Dia bangun pukul 2 dia tak kejut saya. Dia makan roti jajan yang dia beli makan tadi bagi habis semua. Saya bangun saya ckp pukul 2 masih tak makan tenghari , saya tak boleh hidup macam ni. Lepas tu saya dimarahnya balik.
Dia kata saya dah makan nasi kan, nak makan apa lagi. Saya terus capai tudung klua dari rumah cari makan sorang2 dengan perut lapar sangat dengan nak muntah. sedih sangat sangat. dengan barang dapur habis. Kalau tak saya dah masak.
Serai tak ada ayam tak ada. Halia habis. Kicap pun dah habis. Telur pun tak ada. Sedih sangat knp saya hidup macam ni. Dah la duit yang dia bagi pun balik saya akan topap duit minyak dia pg kerja . Banyak kali bercakap pun macam ni juga…