saya personal wssp tanya kenapa keluar Kan saya dari group whatsap tapi dia kata group tu untuk adik beradik dia je dengan emoji ketawa. kau rasa macam kurang ajar kan? Lepas tu ,saya tanya. Apa yang Tak puas hati. Dia cakap kau dah la Ada anak luar nikah

Slm min. Hide profile say ye. Saya dah kahwin.usia perkahwinan hampir 7 tahun. Saya cuma surirumah. Anak perempuan yang pertama, anak lelaki yang kedua. Saya dan suami kaki kelab dulu. hingga terlanju saya mengandung kan anak luar nikah (anak first). Suami tanggungjwb. Lepas nikah je. kami bertaubat tak nak jejak lagi tempat tu. mule2 nikah beli tv kecil yang terpakai, tilam single 1 tidur 2 orang. beli gas. kuali 1. beli yang perlu je. Rezeki setiap anak lain2. sekarang ni dah 7k gaji. Susah senang bersama. takde sape tahu. Alhamdulillah. Mak mertua memang baik. ipar duai semua nya baik2. Tapi seorang je yang tak berapa nak okay. padahal Masa dia kerja. akk dia Ni lah hantar. bukan setakat hantar. Kerja tu pun aku yg carikan.Tumpang Kan Kat rumah. siap bagi bilik. siap masak kan. tp bila kau kerja, kau senang sikit. Kau lupe.

Hp saya Ada group wssap family mertua. hp suami no company. Jadi Tak boleh masuk kan group apa2. Jadi apa2 info dari family mertua Saya akan beritahu suami. Tak pernah pun kami bersuara, sepatah pun tidak dalam group tu. Adik ipar yang masuk Kan no saya kat group lepas tu adik ipar keluar kan semula dari group tu. Pastu masuk Kan lagi. keluar Kan lagi sampai la abg Jamil mampos. Saya Tak heran pun denga group tu. tapi say kesian dengn suami saya. apa2 info keluarga dari situ. pernah kadang g makan ramai ramai tak ade pun yang pelawa kami. macam disisihkan. Tahu2 dalam group bergambar pastu letak hashtag #anakmaktakcukupsorang. padahal lg 2 orang.

Saya sambung. saya personal wssp dengan tanya kenapa keluar Kan saya dari group whatsap tapi dia kata tu untuk adik beradik dia je dengan emoji ketawa. kau rasa macam kurang ajar kan? okay. Saya faham.saya rasa kalau dia ckp dgn saya. Dengan rela hati nya saya kluar dari group tu sendiri. Lepas tu ,saya tanya. Apa yang Tak puas hati. Dia cakap kau dah la Ada anak luar nikah. Sentap saya. meleleh airmata terus mata kearah anak yg first. bukan salah dia. kami yang salah. saya mesti pertahanakan maruah anak saya. saya beritahu suami.saya ckp,kalau bukan ayah dia. siapa lg nak pertahankan anak. Terus balik kg. suami tgok kt bilik semua takde. tiba2 mak mertua ckp. dia dah marah anak dia sebab sebelum balik kg.

Saya ngadu ngn adik ipar yang rapat dengn saya tu. dia mengadu dengn mak mertua saya pulak. terus Saya slow sikit. walaupun membara marah ni. kesian dengn mak mertua. sayang dia macam mak sendiri. sekarang Ni bile balik kg. nampak Saya je dia akan toleh ke tempat lain. beza ipar 2 tahun bawah saya. Jadi dia ingat dia boleh buat apa dia suke. sekarang Ni Saya buat taktau je. saya takkan tegur dia selagi tiada perkataan maaf dari ipar. dia salah. dia adik. takkan Saya plak terhegeh hegeh nak berbual macam takde pape berlaku. kalau bole saya Tak nak perkara macam Ni terjadi. saya nak rapat dgn semua ipar. manusia Tak lari dari ujian Kan

Sekarang ni, Saya fikir besar kan anak-anak je. Biar lah orang buat kte nak. semoga anak2 mama taat pada perintah Allah. Biarpun anak luar nikah. aku akn pasti kan anak aku berjaya suatu hari nanti. semoga jadi anak soleh n solehah. selalu bantu orang dlm kesusahan. saya ajar anak saya untuk berkongsi walaupun sikit. tidak menunjuk nunjuk. pandai jaga hati orang spt ayah dia. Saya tpikir. macam Mana Cara nak beritahu anak bile dia da besar tentang Hal Ni.
Terima kasih sudi dengar luahan hati Saya .harap Ada cadangan Cara bgtau anak tentang Hal Ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here