Pernah sekali saya tengok kakak sulung tumbuk perut anak saya ya Allah masatu memang saya geram dan saya herdik, saya cakap jangan sebab abah tak nampak atau buat-buat tak nampak

Nak mengadu ni. Saya kawin dgn duda anak 3. Saya pula janda anak 1. Suami saya terlalu lebihkan anak2 smp abaikan perasaan saya. Saya faham itu tanggungjawab dia, tapi tak bermakna abaikan kehendak saya dan anak. Kenapa saya kata kehendak, sebab keperluan asas memang suami sediakan. Suami bercerai dgn bekas isteri dia, sebab bekas isteri dia ada lelaki lain. Tapi bekas isteri ni suka sgt brainwash anak2 dia, seolah2 abah dorang dah ada keluarga baru akan abaikan dorang. Anak2 dia mcm tak suka sgt dgn saya dan anak. Anak2 dia pun selalu buli anak saya. Tapi dorang buat masa abah dorang tak ada.

Bila saya tegur, nanti dorang stop kejap. Tapi lepas tu buat lagi. Anak saya kecik lagi, 5 tahun, tak faham lagi.. Dia tahu dia nak berkawan seronok ada kakak2 semua. Hari tu dorang sj baling anak patung atas pagar, saya dgr dorang cakap if nak main dgn dorang kena ambil anak patung tu dulu. Saya perati ja, smp anak saya nak panjat saya keluar tanya kenala buat adik macam tu. Dorang boleh jawab, eh takde lah ibu. Kitaorg saja ja, nak bergurau. Kalau anak saya jatuh mcmn? Nasib saya mmg perhatikan dorang main.

Pernah sekali saya tengok kakak sulung tumbuk perut anak saya ya Allah masatu memang saya geram dan saya herdik, saya cakap jangan sebab abah tak nampak atau buat-buat tak nampak, boleh tumbuk adik macam tu. Suami saya ralit dgn hp. Saja saya sindir. Lepas tu kami laki bini bergaduh. Mestilah dia menangkan anak2 dia, sebab kakak cakap tak buat apa2 pun. Sejak hari tu saya tak pernah dah tinggalkan dorang main sendiri.nSuami saya, businessesman. Asal dpt payment ja, mesti terus pergi JB jenguk anak2 dia. Bawa jalan2. Saya dgn anak pula dia tak ajak sama. Alasannya sebab alang2 ada kerja kat situ. Ok, itu tak apalah. Rezeki dorang.

Tapi kalau saya nak ajak suami bercuti, mesti dia akan jawab kesian dekat kakak2 tak bawa sekali. Tunggu cuti sekolah. Bila dah cuti sekolah nanti, umi dorang akan tukar plan last minute. Last2 tak boleh pergi cuti sebab umi dorang nak bawa jalan. Baru2 ni dorang pergi New York, semua husband saya supply. Ok faham. Anak2 dia kan. Tapi endingnya saya dan anak duduk melepet dekat rumah.
Memang saya kecik hati. Suami bukan tak mampu tapi dia terlampau takut anak2 dia benci dia, smp tak jaga hati saya. Ada time, kalau anak2 dia dtg bercuti dekat Shah Alam… Kalau anak saya ajak borak pun dia tak berani nak jawab, takut anak2 dia kecik hati.

Sampai macam tu sekali. Hati ibu mana lah tak terusik. Untuk makluman, bekas suami saya pun jenis berduit. Daripada saya biar dorang buat anak saya mcm tu, skrg tiap kali anak2 suami dtg bercuti, saya akan hntr anak pada bekas suami. Tak sanggup saya tengok anak kena Buli dan dipulaukan. Demi Allah, saya bukan kawin sebab hadap duit suami. Saya kawin sebab saya yakin dia boleh jaga saya dan anak. Tapi bila dah jadi mcm ni, terbit rasa tak suka pada suami dan anak2 dia.

Bila dah kerap sgt mcm tu, suami dan keluarga persoalkan tindakan saya. Seolah2 jarakkan anak2. Mentang2 bekas suami saya kaya. Saya mmg ada borak hati ke hati dgn suami dan mak mertua, saya tak boleh tengok ank saya kena buli. Tapi dorang tanya saya smp bila? Budak2 biasalah. Mmg la budak2 biasalah.. Tapi kalau yang tua buat tak tahu bila budak2 buat kerja jahat, tu yang saya tak boleh handle.

Saya tahu suami serba salah, tapi dlm serba salah dia, dia tak memihak sekali pun pada saya dan anak2. Tapi nanti bila duit tinggal rm4-5k dlm account, reti pula suruh beli brg dapur masak rumah. Reti pula suruh saya berjimat. Kalau tak, semua nak kirim kat janda dia. Alasan utk anak2. Saya benci kena layan mcm ni. Rasa mcm dia kawin dgn saya, untuk jaga rumah jaga makan minum dia ja. Rasanya ex husband saya pun perasan saya tak happy.. Smp ada time ex husband kirim duit, alasan utk anak.

Tapi saya tahu, dia nak bagi utk saya belanja. Sebab pernah wa, saya cakap anak nak makan steak tapi tgh kering. Terus dia bank in rm1k dekat saya. Saya tanya.. Rm100 cukup dah utk anak. Pastu ex saya jawab.. Laaaa.. U makana sekali. Pasal makan takpayah berkira. Pernah bawa anak jalan2, turun dr grab sekali ex husband ada kat belakang. Dia tegur anak masa tu, then masa balik tu.. TAK sangka pula terserempak lagi. Dia kata takapa, dia hntr walaupun saya kata tak perlu. Tapi dia kata, bukan nak hntr u, tapi kesian la anak kena tunggu lama grab. Last2 saya pun setuju.

Saya bercerai dgn ex sebab kantoi, saya pergi condo dia tgh project dgn client dia dekat bilik laundry. Memang nak muntah sgt. TAK boleh lupa dan tak boleh maafkan. Saya rasa segan dekat ex, mesti dia tahu hidup saya tak bahagia. Saya rasa menumpang kasih sgt dekat suami, tapi memang betul2 istilah menumpang kasih. Nak cakap sedih pun tak terluah dah. Kalau saya tak apa lagi, mungkin boleh bertahan. Tapi bila tengok anak, hancur hati saya. Saya rasa nak bercerai tapi tak tahu hala tuju. TAKnk susahkan hati mak ayah. TAK tahu nak buat apa. Cakap dari hati ke hati dah, tapi takde perubahan smp satu time, saya senyap ja.

Luah ni pun sebab baru lepas baca wa suami. Anak2 dia nak pergi Singapore weekend ni, minta duit. Dia transfer. Petang td saya ajak tengok wayang malam ni, dia jawab ‘alang2 kita tunggu payment minggu depan ya’. Tengok wayang cmpr popcorn tak sampai rm100 pun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here