Pening aku min terus aku ambik rotan aku bidas lengan dia sebab nak bagi dia ingat sikit dengan siapa dia berurusan tadi.. berurusan dengan Allah masa solat.

salam min, hide kan profile aku. Aku kawin dah dekat 7 tahun. ayah kepada 3 orang anak, buat pengetahuan min aku adalah surirumah sepenuh masa. Income aku bergantung pada biz online n job as photographer. n ade buat servis print gambar kat rumah. so aku memang sepenuh masa kat rumah. Dari anak yang 1 sampai yang ketiga memang aku yang jaga sejak diorang lahir. bini aku keje gomen. semua urusan rumah aku buat.. senang cite aku taklipat kain ngan menyusukan anak je. lain aku setel.

Bini balik keje aku siap masak + hidang + siap g ambik air basuh tangan untuk dia.
aku layan dia sehabis baik. pagi bini aku g keje n anta anak sulung tadika. so aku mengasuh anak no1 2 tahun dan baby 4 bulan.. basuh bhju, jemur baju masak mandikan anak semua aku setel siap.
aku dah pasang niat untuk bagi dia dan ayah dia takmenyesal terima aku dlm keluarga dia. ayah mentua aku sakit aku g jaga kat hospital. 2-3 hari gak. kalau sakit memng aku yang jadi tukang jaga.. adik beradik wife semua sibuk kerja , takdapat cuti.. aku takkisah sangat jaga mentua kat hospital.. takpenat pun..

Nak jadi cerita. Aku ni kan photographer. minat ambik gambar. so 2 3 bulan sekali aku g outing. bukan ade pmpuan sksi pun. ambik gambar dlm 3-4 jam. pastu balik. yang aku tak suka min bila aku balik.. bini aku tarik muka. dia cakap aku buat keje takde faedah dan tak ade keuntungan.. dia cakap kalau nk keluar outing bagk kat dia duit belanja 400 baru boleh keluar. kami bertekak.bbergegar rumah.. at last aku mengalah. aku tak g outing dh..

Aku kalau nak pergi ngeteh dengan kawan. malam. kalau ngeteh malam tu boleh kata 1 tahun 2 kali kot. belom sampai sejam dah whatsap tanya ‘bila nak balik’ ko paham la kan min walau dia tak berniat nak suruh kita balik , tapi bila kita dapt whatsap macam tu terus kita anggap nak suruh balik.. balik rumah bertekak. padahal sebelum keluar rumah aku dah setel tido kan anak semua.. aku pun tak paham bini aku nih..

yang terbaru min.. aku join NGO.. asal aku balik rumah lepas meeting ngo dia selalu kutuk keje takde faedah, buang masa. lama aku sabar min. padahal aku buat semua tu selepas aku dahulukan dia dan anak2.. siap mandi anak, siap kemas rumah semua , siap beli mkanan baru aku keluar rumah. tadi dia solat isyak, habis solat isyak. tak sempat doa terus dia sound aku min. dia ckp.. ” b suka la orang dok puji gambar b lawa, b kena ingat kalau b susah bukan diorang (group NGO) yang tolong.. ” lah pulak dah. Pening aku min terus aku ambik rotan aku bidas lengan dia sebab nak bagi dia ingat sikit dengan siapa dia berurusan tadi.. berurusan dengan Allah masa solat. pastu bantai cakap dengan suami mcm tu plak..

tiap2 malam aku solat untuk Allah ampun kan dosa isteri aku.. tiap2 malam min. aku tau dia ada tolong aku topup bayar keperluan keluarga masa aku takcukup cash.. topup pun dia mintak ganti jugak.. so ganti blik la duit orang. lagi 1 min .. aku ni kan suri rumah sepenuh masa..job pun tak sempat nka buat. sibuk dengan anak2.. dia pun tau masa “cari duit” aku banyak dihabiskan dengan mengasuh anak2..

kadang dia ade perli aku, takpenah bagi hadiah birthday la. tak penah bagi suprise delivery la. dia bengang sebab benda yang di nak semua dia kena beli sendiri.. ye la min duit aku banyak habis kat benda2 penting.. macam sewa rumah, api , air, bil itu,bil ini.. aku tak tau macam mana nak buat.. agaknya dia suruh aku ni berkulat dalam rumah kot.. tak payah berkawan dengan sape2. padahal kawan aku semua budak baik2. aku stress min

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here