Masa aku nak lelap tetiba aku rasa macam ade something jalan dekat muka aku . aku terus tepuk muka aku pastu bau busuk gile wei

Salam min, tolong hide ye . aku nak tanye pendapat korang . aku dah kawen setahun lebih , anak baru 4 bulan lebih . Masalah aku ni ialah aku ni paling takut dengan lipas. Org yang spesis macam aku ni je faham betapa takutnya bila nmpak binatang tu . aku duduk dengan mak bapak aku . nak kata kan family aku ni dikategorikan pembersih jugak la sebab mak aku ni suri rumah+pengasuh budak . sampaikan simen luar rumah pun hari hari dia sental pakai penyapu lidi . so dari kecik aku dah dididik dengan kebersihan diutamakan.

first time aku Nampak lipas masa masuk kerja office . 3 hari aku demam min . okey berbalik pada masalah aku tu . aku bukan nak aib kan sesiapa aku Cuma nak mintak pendapat je . rumah mertua aku memang lipas banyak . sebab mil and fil kerja ikut shift. adik beradik suami jarang ade dekat rumah . so rumah tu mcm kurang terurus la . yelah , balik kerja penatkan mana larat nak kemas rumah . aku faham . sekali tu aku balik rumah mertua aku gaduh dengan laki aku pasal lipas . aku Nampak lipas terbang , aku menjerit menggelupur la . laki aku boleh sound ‘’lipas je pun , tayah la nak kelam kabut sangat” memang aku sound balik ‘’awak takkan faham perasaan org mcm saya ni” gaduh agak besar sampai tak bertegur.

sejak dari haritu laki aku tak pernah ajak balik rumah mertua . tapi aku sedar laki aku tu syurga nya dekat ibu dia . aku ajak jugak balik sebulan 2 3 kali . tahan jugak perasaan takut tu . rumah mertua takdela jauh sangat dalam 60km je dari rumah mak aku . pastu satu hari tu , aku baru habis pantang , aku ajak balik rumah mertua . malam tu aku baru tido kan anak aku , aku memang bukak torchlight phone kalau tido kan anak aku supaya tak gelap sangat bilik tu tiba tiba aku Nampak lipas lalu tepi katil . aku dah menggigil dah . aku cakap dengan laki aku . dia dah bunh lipas tu . okey lega la.

Anak aku dah tido. Masa aku nak lelap tetiba aku rasa macam ade something jalan dekat muka aku . aku terus tepuk muka aku pastu bau busuk gile wei . aku buka torchlight . tahu tak aku tepuk ape ??? ANAK LIPAS wehhhhhh ANAK LIPAS. aku terus muntah . terus aku angkat anak aku . aku takut ade lagi anak lipas . nasib atas muka aku . kalau atas muka anak aku?? Boleh bayangkan tak anak lipas kalau masuk telinga atau hidung . dala baby tak boleh nak bercakap . hm dah bergaduh besar lagi laki bini. Untuk pengetahuan semua , laki aku pun actually ade complain bilik tu kuat bau lipas . setiap kali aku balik sana aku akan sapu bilik tu dulu . tapi sapu ala kadar je takde sampai nak korek ape bawah katil tu . sebab kita ni menumpang kan . kalau kemas lebih lebih nanti takut ade suara yang tak sedap nak dengar.

Sejak dari haritu , aku belum pernah lagi tido rumah mertua . seminggu sekali aku akan pi sana pagi balik malam . kadang mil fil ade jugak tanye , tak tido sini ke . aku selalu diam , tapi laki aku akan bagi alasan . aku ade tanye laki aku dia marah aku ke . dia kata dia tak marah dan dia dah faham kenapa dalam rumah aku takde tong sampah . aku mintak pendapat mak aku, respons dia terbaik “aku tak campur urusan korang laki bini” aku nak tanye korang. Aku ni menantu jahat ke ? berdosa ke aku pada suami aku , mil and fil aku ?? aku tak mintak jadi penakut mcm ni .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here