Aku tak paham min macam mana dia boleh duduk bergelumang dengan kuman seharian macam tu Pengotor ke apa

Asalam min. aku ni dah kawen 2 tahun bini aku suri rumah jer belom ada anak lagi.. Min aku rasa macam aku ni tak de bini.. Aku balik kerja lewat malam. Balik2 isteri tak masak , rumah berhabuk, kain baju menimbun tak basuh tak cuci pinggan berlambak dalam sinki.

Aku balik kerja malam2 tu aku yang cuci semua tu. Aku tak paham min macam mana dia boleh duduk bergelumang dengan kuman seharian macam tu Pengotor ke apa. Duit nafkah aku bagi 500 sebulan untuk keperluan dia saja macam beli make up dengan baju . Duit dapur lain . Adakah aku ni terlampau manja kan sangat bini aku?

Tiap2 hari sebelum balik kerja aku tapau kan dulu makanan kat kedai sebab dia tak nak masak . Kalau hujung2 bulan tu kadang aku yang masak lepas balik keje . Dia sanggup tak makan seharian semata2 tak nak masak min. Aku dah pernah tegur dah waktu awal2 kawen dulu pastu dia lari rumah mak ayah dia . Malu aku min mak ayah dia salhkan aku cakap aku buat anak dia jadi orang suruhan. Tolong bgi aku idea macam mana lagi nak hendel bini aku ni tak reti dah aku. tak kan aku nak pukul pulk kann

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here