Aku melafazkan cerai dengan talak satu dan yang membuatkan aku hilang kawalan apabila dia bertnya pada ku satu soalan yang aku tak mmpu beri jawapan, soalannya “sanggupkah awak menanggung dosa saya jika awak tidak menceraikan saya “

Assalamualaikum warga krt,,hari ini aku nak kongsikan sedikit kisah hidupku, hari trlerai sudah ikatan kasih syang aku dan pasangan ku, 17 tahun kami menjaga rumah tangga kami tapi semua ini ketentuan Illahi, setelah di selidik ia berpunca apabila aku terlalu ingin memberi kebahagian pada nya, aku ingat dengan memberi perbelanjaan yang cukup atau lebih mampu membeli kasih sayang yang dia miliki, tapi ternyata aku silap, demi memberi kemewahan pada keluarga kami ambil keputusan melalui PJJ aku melintasi tambak dia dimelaka, selama 4 tahun bertahan, bila masuk tahun ke-5 aku nampak perubahan pada dirinya dia tidak lagi melayan aku sebagai suami yang d sayangi satu ketika dulu.

Kalau aku balik bercuti pun dia sibukkan diri dengan kerja dan bermain game, tapi aku buat2 tak tau sebab aku syangkan rumahtggaku. dan pada 26 july aku trsilap menegur dia pasal leka sangat main game kadang2 swmpai call berjam2 dengan kawan gamer nya. dari situlah bermula perang wasap kami, dia mengungkit benda yang aku sendiri tak paham, dia keluarkan semuanya apa yang dia kumpul menghina keluarga ku dan banyak lagilah, aku dwh hilang kewarasan, 26july petang aku terus balik berdepan dengan dia ingin selesaikan perbalahan ini.

Tapi nmpaknya dia sudah buat keputusan awal lagi, aku balik merehatkan diri satu malam pada esoknya aitu 27 july jam 3 pm Aku melafazkan cerai dengan talak satu dan yang membuatkan aku hilang kawalan apabila dia bertnya pada ku satu soalan yang aku tak mmpu beri jawapan, soalannya “sanggupkah awak menanggung dosa saya jika awak tidak menceraikan saya “saat itu aku dapat byangkan kalau aku tidak lepaskan dia aku mungkin menanggung dosa besar yang dia akan lakukan. Dengan trpaksa aku lepaskan talak brcucuran airmata lelaki aku, mengenangkan anak2 kami ada brsama waktu itu, dan dia pergi failkan carai kami sebulan kemudian.

Pada 30sep aku ke mahkamah mengakui prceraian kami, itulah kisah aku brkahwin pada 2004 brakhir pada 30sep2019. Kini kami masing2 membawa haluan sndiri,anak2 dia ingin mnjaga semua,aku cuma perlu bagi nafkah tiap2 bulan, itu jer cerita hidup ku, kami tak pernah brgaduh besar tp sekali datang tsunami hancur semuanya, Jgn kecam. Jadikan pengajaran Awas perempuan suka mngumpul semua kesalahan kecil suami
Sampai satu masa dia akan luahkan sehingga kamu sudah tidak mmpu mnerima ulasanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here