Aku baru 5 bulan bernikah buat kali kedua dengan bekas isteri setelah kita bercerai hampir setahun yang lalu

Salam Admin dan teman2 KRT. Aku nak mintak pandangan dan pendapat sikit la.
kisah aku begini. Aku baru 5 bulan bernikah buat kali kedua dengan bekas isteri setelah kita bercerai hampir setahun yang lalu. Perkawinan pertama berusia 15 tahun dan dikurniakan 2 cahaya mata. 12 tahun dan 13 tahun. Penceraian terjadi disebabkan aku dah tak tahan dengan sikap isteri aku yang selalu tuduh aku macam macam sedangkan aku tak pernah curang pun dengan dia. ditambah pulak dengan sikap isteri aku yang benci sangat dengan keluarga aku. sehinggakan aku nak ziarah org tua aku pun bole jadi gaduh. Tu la sebabnya sampai kita bercerai.

Dlm setahun aku bercerai, kita masih tinggal serumah. Tapi Berlainan bilik la. Sampai 1 ketika, bekas isteri aku bersuara yang dia nak nikah balik dengan aku sebab katanya masih sayangkan aku dan anak2. Sebenarnya, aku pun masih sayangkan bekas isteri aku. Siapa tak sayang isteri setelah 15 tahun dibina.
So, pendekkan cerita,kita pun nikah balik..
lepas 3 bulan, aku dapat tahu yang sebenarnya, isteri aku ni dah jatuh hati dengan boss dia kat keje. Boss dia pulak dah ada isteri.

Aku tak puas hati. aku tanya isteri aku tapi dia tak ngaku.Sampailah aku tunjukkan semua bukti2 yang dia msg dengan kawan keje dia semua. Yang buat aku hampa ialah dia berkawin balik dengan aku sebab boss dia suruh. kalau boss dia tak suruh, dia tak berkawin balik dengan aku. Aku rasa macam aku ditipu hidup2. Ada 1 text yang aku baca yang betul2 buat aku sedih. Isteri aku text kawan dia yang bila malam, dia bersamaa dengan aku, tapi dia bayangkan boss dia. aku betul2 rasa hampa

Aku cuba korek rahsia lebih dlm melalui whatsapps, message isteri aku dalam hp dia Semua bukti aku dpt. tapi bila aku confront isteri aku, dia cakap dia saje saje je. Naluri aku kuat mengatakan yang isteri aku ni memang dah shiok gila dekat boss dia. Sedih aku Min. Soalan aku, apakah harus aku buat? Berpisah buat kali kedua?
Atau teruskan perkawinan ni? Nak berpisah,tapi aku masih sayangkan isteri aku. Nak teruskan perkawinan ni,aku tak sanggup dipermainkan sebegini. Harap korang bole beri aku pandangan. terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here