Ternyata ada petanda yg ditemui ada rekod perbualan terbaru daripada kenalan lama yang dia bahasakan sebagai Along seorang lelaki 2 tahun lebih tua daripada kami,

Assalam wbt admin dan para pembaca KRT. Terlebih dahulu saya mohon identiti saya dirahsiakan. Saya ingin meminta sedikit nasihat dan pandangan atas pengalaman hidup saya supaya menjadi pedoman ke arah hidup yg lebih cemerlang di masa akan datang.

Saya berkenalan dengan seorang wanita sebaya sejak kira-kira 9 tahun yang lalu ketika melanjutkan pengajian di menara gading. Kami tidak pernah bertemu dua mata sepanjang tempoh pengajian kerana jurusan yg berbeza. Kami cuma kerap berhubung melalui khidmat pesanan ringkas dan facebook(pada ketika itu aplikasi whatsapp masih belum dominan seperti hari ini).

Masa berlalu, tahun berganti tahun, kami selamat bergraduasi dengan ijazah kelas pertama. Kami mengambil jalan masing-masing setelah itu, saya berkerja sebagai penyelaras logistik di selatan tanah air, manakala dia pula menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana(master) dan terkini doktor falsafah(phd) di ibukota. Wang bukanlah masalah kami. Ya, benar, kami bukan muda lagi.

Hanya kira-kira 2 tahun lepas, si dia menyatakan hasrat untuk melanjutkan hubungan kami ke fasa yg lebih serius(yg saya percaya maksudnya ialah perkahwinan). Katanya sampai bila mahu terus begini. Kita semakin menua. Pertemuan pertama kami(selepas bertahun-tahun berkenalan) ialah di negeri kelahiran kami.

Pucuk dicita ulam mendatang, pertemuan yg di rancang, waktunya kebetulan cuti kami bertembung, tuhan jua yg perkenankan. Terkejut saya, orang yg di depan mata berkali ganda lebih cantik dari dalam gambar. Berdebar jangan cakap, seluruh badan rasa seperti mencair di lantai mall, jantung macam nak pecah.

Saya sangat jarang berkomunikasi secara berdepan dengan wanita melainkan dalam situasi terdesak,adik beradik semua lelaki, paling rapat ialah ibu, nenek sudah lama meninggal. Seperti saya katakan, orangnya elok, bertudung dan sopan seperti wanita melayu kebanyakan. Hai katanya menyapa dari arah sisi – sebaik melihat saya berpura pura membelek tudung di sebuah butik. Cuma butik tudung yg paling hampir untuk berlakon nasiblah. Kami makan dan berbual seperti pasangan normal.

Pertemuan kedua kami ialah di ibukota kira-kira 3 bulan selepas itu. Katanya mahu bertemu kerana beberapa bulan lagi dia akan berangkat ke luar negara bagi memenuhi tuntutan program pengajian oleh pihak universiti selama seminggu. Kerana sayangkan dia saya turutkan saja walaupun kerja saya masih banyak yg perlu di bereskan.

Saya mencari celah dan helah untuk cuti. Perjalanannya jauh, jadi saya naik bas sahaja lebih mudah, lagipun saya tidak mahir dengan selok belok jalan di ibukota. Dia menjemput saya bila saya sampai di sana. Saya mendaftar masuk sebuah hotel murah untuk meletak beg selain menjadi tempat untuk menginap nanti. Setelah itu kami bersiar-siar di sekitar ibukota, tup tup tak sedar pun sudah sampai ke penghujung hari.

Solat maghrib dan isyak sekaligus di mall sahaja katanya kalau tak sempat balik hotel. Selepas selesai, dia hantar saya ke hotel sementara dia pula akan memandu sendiri ke kolej kediaman pelajar. Sebelum berpisah kami makan terlebih dahulu di sebuah kedai makan berhampiran hotel. Ketika kembali semula ke tempat letak kenderaan, hari sudah jauh malam.

Kalau mahu pulang waktu itu pintu pagar kolej kediaman pelajar sudahpun di tutup… Bermula lah detik hitam kami min. Air mata jantanku terus menitik seperti manik manik halus atas keyboard sewaktu menulis ini. Rasa cukup menyesal, penyakit tidak datang sendiri pula dicari. Kerana ini menjadi kunci kepada kerosakan hidup saya seterusnya.

Kami bermalam bersama. Berbual tentang impian dan masa hadapan. Saya tidak tahu bagaimana mahu menulis ini dengan tidak menghubungkan kata-kata yg tidak sopan. Cukup saya katakan, orang dewasa pasti faham. Barangkali tuhan mahu tunjukkan kuasanya serta merta ke atas hubungan yg tidak halal menurut syarak. Sek# penetrasi tidak berjaya dilakukan sewaktu bersama

Selepas berkali-kali mencuba pun tetap tak muat. Adakah ini normal? Saya tidak tahu. Tetapi yg pasti kami sudah terlanjur. Aku, dia, dan tanggungjawab. Pendekkan cerita. Pertemuan seterusnya kami di ibukota, kami bersetuju untuk nikah di selatan thai tanpa pengetahuan keluarga. Dengan bantuan beberapa orang kawan kami selamat bernikah.

Saya menghantarnya pulang ke ibu kota semula (selepas selesai bernikah di thai).  Saya pulang ke selatan teruskan dengan rutin harian kerja, sementara dia pula berlepas ke luar negara beberapa minggu selepas itu. Anehnya, selepas dia pulang semula ke tanah air, kami kerap bertengkar, kadangkala sebab yang remeh temeh. Tidak cukup dengan teks watsapp, dalam perbualan telefon pula saya dijerkah.

Katanya saya tidak seperti dulu, saya tidak beri cukup perhatian kepadanya. Katakan saya baru lepas selesai menunaikan hajat di bilik air, katanya saya seronok berhubung dengan perempuan lain, padahal tak ada pun. Dia suruh saya screen shot senarai perbualan di semua media social (watsapp, facebook messenger, dan twitter saya yg tidak aktif).

Isteri cakap jumpa dia kata nak koyak-koyakkan muka perempuan itu (yg tidak wujud pun). Takut min. Adakah ini normal? Saya cukup sabar sampailah satu tahap saya nak start motosikal pergi masjid pun dia mahu “on-call”. Saya tanya awak nak sekat saya pergi masjid?. Dia menangis macam budak kecil. Lepas itu dia akan senyap 2 hari tanpa khabar.

Saya teks pun tidak berbalas, cuba hubungi melalui telefon. 2-3 kali tak berangkat. Berkali kali baru ada suara di hujung talian. Katanya saya tak pujuk dia, kalau tak balas melalui teks whatsapp kenalah call. Saya pula yg kena ada ilmu telepati untuk baca fikiran dia. Kerap sangat bergaduh, perkara yg tidak masuk akal pun bertengkar. Seperti bila di tanya antara tudung A dan B yg mana sesuai buat raya puasa nanti.

Jawapan saya tidak mengikut skema jawapan yg ditetapkan contohnya tudung B kurang menarik, warna kusam, dia akan mula naik angin. Saya mula syak ada benda yg tidak kena, kenapa berubah? kenapa setiap benda yg remeh temeh pun mesti bertengkar seperti kanak-kanak berebut mainan? Kalau saya buat tak tahu, dia akan call berkali-kali supaya pertengkaran itu tetap berlaku.

Nak cerita pun malu, macam budak kecil, tapi ini realiti. Apakah ini yg akan terjadi bila hidup sebumbung nanti? Saya tidak ada masa untuk melayan karenah sebegini, di tambah beban kerja yg menimbun, bukan tidak mahu melayan cuma kekangan kerjaya yg menuntut penghargaan waktu.. Dengan bantuan seorang sahabat saya menggodam akaun media sosial miliknya.

Ternyata ada petanda yg ditemui ada rekod perbualan terbaru daripada kenalan lama yang dia bahasakan sebagai Along seorang lelaki 2 tahun lebih tua daripada kami, diajaknya ‘along’ keluar minum jika ada kelapangan(wow) . Jiwa saya cukup sakit, menggelegak dan meletup letup, tangan menggeletar. Melalui teks, saya tanya siapa ‘along’?. Katanya kawan ketika dalam pengajian ijazah sarjana dahulu. Selalu tolong carikan rumah sewa untuknya.

Saya tanya lagi, kenapa tak pernah beritahu? Keluar berjumpa minum-minum untuk apa? Soalan bertalu-talu. Dia tidak kuat, dia dah mula menangis min. Katanya, saya cuba mencari salahnya dalam hubungan kami. Kata-kata saya yg terakhir kalau tak silap, kalau awak sudah tidak mahu lagi, kita tamatkan di sini saja. Meraung-raung dia supaya jangan tinggalkan dia.

Saya putuskan talian dan block sahaja segala jenis kontak yg berpotensi menghubungkan kami. Saya menangis sendirian, di antara kekesalan, tanggungjawab dan orang ketiga. Saya ambil dia dulu dalam keadaan yg tidak di izinkan oleh syarak. Jika boleh diputar kembali waktu. Untuk pengetahuan pembaca saya sudah menjalani proses kaunseling selama kira-kira 6 bulan sebelum covid-19 mula merebak dan kita dikenakan perintah berkurung fasa 1.

Persoalan kepada pembaca
1- Adakah keputusan saya terlalu melampau?.
2- Apakah saya terlalu egois sehingga dia tidak boleh keluar minum-minum dengan kawan lelaki?
3- Baiklah, katakan saya pejam mata sahaja dia keluar minum-minum dengan kawan lelaki itu, bagaimana jika dia mengulanginya dengan lelaki lain? Bukankah itu dayus di pandangan mata masyarakat amnya, dan keluarga terdekat khususnya?

4- Beginikah alam rumah tangga yg sebenar? Bertengkar atas sebab remeh temeh? Kemudian retak perlahan-lahan di ikuti dengan perceraian?
5- Bagaimana pula dengan tanggungjawab? Saya tidak mahu menjadi orang yg tidak bertanggungjawab
6- Apakah nasihat terbaik daripada pembaca?  *Waktu azan sudah berkumandang ketika tulisan ini disiapkan. Tepat tempoh setahun berlalu sejak kami tidak berhubung.