Tapi kebetulan semalam saya ada terbaca wassap antara dia dengan bosnya yang juga isteri orang

saya nak tanya, saya dansuami berkahwin baru 7 tahun dan ada 2 orang anak. Selama kami berkahwin, suami saya seorang yang sangat sempurna dimata saya, sangat membantu dalam hal rumahtangga, sangat baik bila bertutur dan dia seorang “family man”.

Tapi sejak akhir2 ni suami mudah marah dan tinggi suara terhadap saya dan anak2, saya bersangka baik mungkin suami stress kerja di tempat baru, ye la cuti pun dia kerja, rajin sangat bila bekerja tuu.

Tapi kebetulan semalam saya ada terbaca wassap antara dia dengan bosnya yang juga isteri orang dan umur bos dia sebaya dengan saya, mesej tu macam takde kena mengena pun pasal kerja, tapi yang saya jadi “pelik” tu bila suami saya padam perbualan tu,

yang lain dia tak padam, antara ayat tu, si perempuan tu ckp ” SENASIB LA AWAK DENGAN HUSBAND KITA YE” siap emoji gelak senyum bagaii, dan suami saya balas ” KADANG2 SALAH SORANG MMG KENA AGGRESIVE” yang saya tak paham kenapa kena padam part tu, dan saya yakin ada perbualan lain yang dia padam,

saya tanya apa mesej yg awak padam katanya just mesej biasa je dia cakap “isteri saya pun degil macam awak jugak” WHAT? buruk kan isteri depan perempuan lain? suami saya mmg seorang yang sangat pemalu dan bukan jenis lelaki yang akan sembang sembarangan,

tapi saya tak tahu la apa kena dengan dia kali ni..dengan boss dia tu bukan main lagi boleh balas wasap waktu bekerja, tapi bila wife sendiri wassap baca pun tidak, blas pun asal boleh je..tak de pun tanya wife tu dah makan ke belum,

takde la nk tanya wife tu da smpai office ke belum, semua wife urus sendiri hntr anak2 ngasuh, urus mkn minum anak2, tanggungan rumah mkn minum loan rumah pun 100% isteri bagi, sebab tau suami pun banyak komitment dia sendiri,

saya tak paham laa, ke saya yang berprasangka buruk dekat suami, saya tak pernah ada pengalaman macam ni, minta siapa yang ada pengalaman boleh share.