Ratu Kuman, mungkin nama yang tak biasa kita dengar, namun baru-baru ni tular videonya yang sering kali buat review pasal sabun dan foundation. Lagi mengejutkan, dia akan makan sabun atau foundation itu.
Mungkin ini adalah kaedah reviewnya yang lain daripada yang lain, namun jumlah bilangan tontannya semestinya tinggi. Orang ramai memberi reaksi bercampur.

Dia menjadi semakin popular selepas merakam perbuatannya makan sabun sambil membuat ulasan mengenainya.Hobi yang dikatakan pelik ini berjaya mendapat perhatian ramai netizen termasuk di Malaysia. Ramai menyifatkan gadis itu terlalu unik.
Bukannya digunakan untuk cuci tangan, wanita ini justru memakan dan makun sabun. Tanpa rasa jijik dan takut keracunan, wanita ini melahap busa dari sabun mandi tersebut.
Difahamkan Ratu Kuman sekarang menetap di Sydney, Austarlia. Disebabkan perangai peliknya ini, Ratu Kuman berjaya menarik perhatian ramai orang, termasuk lelaki Mat salleh ini, yang menurutnya adalah teman lelakinya.

Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau sedikit cucian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan yang dipanggil buku. Di negara maju, pencuci sintetik telah menggantikan sabun bagi mencucikan pakaian dobi.
Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidroksida atau kalium hidroksida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai penyabunan. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).
Ada juga menganggap sabun itu mungkin sedap seperti ais krim. Tolong jangan mencuba aksi merbahaya ini di rumah, keadaan badan adalah berbeza-beza okay. Nanti tak pasal-pasal masuk hospital.