Seperti yang saya maklum kalau fasa pertama perkahwinan akan di uji degan masalah kewangan

Assalamualaikum min. Jangan lupa hide profile saya yer. Saya nak meluah Apa yang terbuku di Hati. Saya dah kahwin nak masuk 4 tahun dan Ada seorang anak prempuan Nak msuk 3 tahun.

Seperti yang saya maklum kalau fasa pertama perkahwinan akan di uji degan masalah kewangan tapi yang tu saya boleh Trima andai suami dah ikhtiar untuk cari duit tapi belum Ada rezeki nak hidup senang..

Tapi sebaliknya. Suami saya muda dri saya dlm 6 tahun.. Kesilapan saya mungkin berkahwin dengan lelaki muda yang belum matang dlm urusan rumah tangga. Dia tak pernah bekerja.

Selama 4 tahun saya lah yang bertungkus lumus dlm selesaikan sgala macam urusan kewangan.. Sekarang saya dh tak mkn gaji.. Bekerja di rumah, buat bisness online. Kadang ambik tempahan makanan.

Dia Hanya peneman dan driver untuk saya delivery brg2 dan order customer. Dari buat sales, cari income, cari customer semua saya. Kdg saya Penat dengan smua ni. Kalau saya tak cari customer Maka takde lah income..

Semua di atas bahu saya. Dari byr sewa rumah, kereta dan lain2 keperluan saya yang uruskan. Tak pernah sekali dia tnya saya Ada duit k tak, ckup tak keperluan Harian.. Tak pernah.

Apatah lagi utk merasa nafkah dari seorang suami.. Kdang tak Lena malam fikir mne nak cari duit.. Tapi dia Mlm2 buat Apa.. Main game smpai ke Pagi. Bila suarakan suh bekerja.. Alasan dia nak buka bisness.

Tak nak keje dengan org. Tapi smpai skrg duk macam tu je jugak. Saya betul2 tertekan. Kdg Nak jer hidup sdri dengan anak. Smpai saya rasa saya dh tak perlukan dia dlm hidup saya.. Rasa sayag tu dh takde. Terlalu lama saya bersabar..

Mana dengan masalah suami. Mak mertua pulak tahu mintak duit je.. Bila tgk saya niaga laku mula lh msj suami saya mtk duit.. Anak dia nak bg saya nafkah pun TAK boleh.. Inikan nak bg mk dia.. Mak pulak bila anak takkasi habis di sumpah macam2..

Mungkin mk dia tak sedar anak dia tu takreti cari duit.  Harapkan Bini jer semua. Saya dah buntu, smpai bila saya Nak paksa diri saya utk bertahan hidup dengan dia.. Selagi dia tak Berubah dan sedar tnggungjwb dia sbgai ketua KELUARGA.. Hati saya betul2 dah tawar..