Semasa waktu berumah tangga isteri saya mengandung kali ke dua saya gembira memandangkan anak itu adalah pengikat kasih mungkin rumah tangga bahagia

Salam admin, Saya share untuk mendapatkan nasihat dan kata semangat. Maaf sedikit panjang. Saya duda, anak seorang perempuan. Jodoh dengan bekas isteri tidak panjang. Sebelum bekas isteri saya, tidak pernah saya cintai wanita lain, tidak pernah berpasangan, dia adalah pertama.

Saya akui yang saya cuai, banyak melakukan kesilapan. sepanjang berumah tangga 5 tahun, saya dan bekas isteri tidak menjaga solat, kadang2 sahaja solat (awal2 jaga, lepas itu tidak jaga, 8 bulan sebelum bercerai, kembali menjaga, tetapi terlambat) ada time bahagia, ada time duka.

saya juga berlibat melihat video luc4h (akui mmg salah saya), isteri juga melawan dan tidak taat, kongkong saya tidak berkawan dengan orang kerana anggap pengaruh buruk (walaupun dia menafikan), cemburu dan syak wasangka yang teramat.

pada awal perkahwinan saya seorang yang pemarah, tidak sabar, akan tetapi marah saya tidak menghina, kasar bahasa, tidak carut, lebih kepada bebelan, tidak memvkul isteri kerana saya tahu dia adalah anak orang.

Apabila kami sentiasa bergaduh, marah2 saya makin kurang sebab tidak mahu bergaduh benda yang simple dan ingin menjaga rumahtangga. sebaliknya untuk isteri yang menggunakan kata kasar seperti “aku, engkau”, hempas barang, pada setiap pergaduhan ungkit kesalahan lepas saya, cuba provoke dan perkataan “ceraikan saya” itu seperti zikir,

perkataan cerai itu tidak sekali pun berani saya lafazkan sepanjang itu. saya tidak sempurna, saya akui, cuba perbaiki, tidak kesampaian.

Salama itu saya tidak pernah mengadu perkara ini kepada mak ayah kerana saya tahu itu pasal rumahtangga saya, tetapi isteri sentiasa bercerita kepada ayah dia dari awal perkahwinan, menyebabkan kelakuan dingin berpanjangan ayah dia terhadap saya.

sebelum bercerai saya berbincang dengan ayah dia, man to man, tiada langsung ayat ayah dia yang cuba memujuk saya memperbaiki rumah tangga, saya sangat sedih ketika itu kerana tiada sokongan.

Semasa waktu berumah tangga isteri saya mengandung kali ke dua saya gembira memandangkan anak itu adalah pengikat kasih mungkin rumah tangga kembali bahagia. akan tetapi isteri tidak mahu akan anak tersebut, dan menggvgurkan dia.

saya memujuk di untuk menerima anak tersebut, sebagai amanah dan rezeki. dia tidak mahu dengan alasan, anak tersebut akan menjadi beban bagi diri dia setelah bercerai (walaupun kami masih suami isteri ketika itu). oleh kerana sayang sangat dan tidak mahu bergaduh panjang, saya turuti kehendak dia.

dia minta saya berjanji kepada saya untuk rahsiakan perkara ini daripada ibubapa dia sampai ke kvbur. akan tetapi janji ini memakan diri saya, kekesalan, dosa yg saya tanggung.

adakah saya berdosa kerana menurut kemahuan isteri kerana sayang dan tidak mahu bergaduh panjang? seperti membvnvh manusia? perkara ini menghantui hidup saya sampai hari ini.

Walaupun sentiasa bergaduh, saya tidak lari dari tanggungjawab, nafkah zahir dan batin (kadang2 dia menolak) saya berikan. tidak pernah meninggalkan tempat tido apabila bergaduh, lepak luar malam2 pun tidak (sbb tiada kawan) tidak pernah keluar rumah tinggal dia dan meminta maaf serta memujuk dia (walaupun saya xpernah rasa dipujuk oleh dia).

Selepas 5 tahun bersama, kami bercerai, alasan dia adalah tawar hati, walaupun saya sendiri failkan perceraian atas sebab tidak menghormati keluarga saya (dingin dengan mak saya),

semasa fail cerai itu, separuh nyawa saya mati kerana sangat sayangkan dia dan rumahtangga. akan tetapi masih bercerai kerana memikirkan kebiadapan dia terhadap keluarga.

Alhamdulillah saya kini bertaubat dan menyesal atas perbuatan saya, isteri pun mungkin sudah berkahwin lain. Alhamdulillah juga solat saya sekarang sempurna.

Diberikan Allah dapat mengumpul sedikit kekayaan untuk anak saya dengan memenuhi akaun ASB milik dia, moga terjamin masa depan jika umur saya tidak panjang, tanggungjawab saya masih berjalan sehingga dia berkahwin).

Saya tidak memikirkan diri, sehingga tidak mencari penganti. Hanya anak. Sampaikan ibu saya pernah cakap, saya kene cari pasangan bahagia saya sendiri untuk hidup. ibu pernah bertanya jika ingin rujuk kembali untuk saya gembira, bila difikirkan impak biadap isteri terhadap ibu dan saudara saya, saya tidak jadi walaupun masih sayang dia.