Semakin hari suamiku mula berubah paling aku terkesima bila aku pinjam nak guna telefonnya tapi dekat history google dia ada search cara2 puaskan isteri Allah aku sebak wahai suami,

Assalamualaikum min. Ni adalah akaun fake, aku tak tahu nak luahkan dimana dan dengan siapa, aku malu kalau orang tahu siapa aku. Malah admin sndri pn. Aku malu dengan keluarga, malu dengan semua, malu dengan tuhanku. Sebelum tu, aku maafkan segala caci maki kalian, jika yang memahami, aku betul2 perlukan kata semangat, atau apa2 cara yang kalian rasa perlu.

Aku seorang isteri berdosa. Aku seorang isteri dan ibu, anak dua orang, kami suami isteri masing2 berumur awal 30an. Berkahwin hampir 8 tahun. Kami masing2 dikatakan agak kukuh, aku punya suami yang baik, nafkah zahir yang tak pernah culas, bertanggungjawab tambah lagi untuk isi rumah, boleh membantu aku, faham juga hobi2 aku. Cuma dia kurang pada perhatian dan nafkah batin.

Perhatian yang kurang tu sebab dia kerja taktentu masa, dan dia punya hobi sukan, dia kuat sukan, pagi petang malam, asalkan dia free dia pergi sukan. Untuk batin pula, aku tak tahu aku yang kuat nfsu ataupn dia yang lemah tenag, aku pernah bersungut pada dia tapi dia hanya tersengih2, kemudian dia tido macam biasa. Permulaannya aku fikir takpe, aku pujuk diri sendiri katakan besok lusa kn ada. Tapi tetap sama.

Sampailah hampir 2 tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki yang datang waktu aku memerlukn dan dia caring dia tahu status aku dr awal perkenalan lagi, kami berhubung hampir setiap hari, sampaikan dia kata aku tak macam isteri orang sebab aku boleh balas whatsapp dia setiap masa, cuma kami jarang chat waktu malam.

Aku dikatakan agak berani sebab jrg delete whatsapp kami, sebab aku tahu suamiku bukan jenis tgk fon. Semakin hari kami makin rapat, walaupun kami masing2 dok lain negeri, kami rasa rapat sangat, bila dia cuti, kami berjumpa, sampailah akhirnya aku tewas, kami terlanjur, ya terlanjur.
Selepas tu kami jalani hari macam biasa, sampailah berbulan lps tu dia mula serius, dia kata dia dh pun bagitahu ibu dia ttg perkenalan kami.

Ibu dia minta nak jumpa aku untuk kenal lebih dekat. Tapi aku yang taknak, aku tak pernah berniat nak tamatkn perkahwinan aku dengan suami. Banyak pihak aku kena fikir, tak mungkin aku akn cerita kenapa aku boleh berubah macam ni, tak mungkin aku akn cerita pada keluarga tentang kurgny suamiku. Aku juga ada anak2, aku takyakin kalau dia boleh jd ayh tiri untuk anak2 aku.

Sampai dia bising sebab aku masih nak pertahanakn rumah tangga ku. Smpaila beberapa bulan lepas tu ibu dia pulak telefon aku sebab nak kenal lebih dkt, masa tu baru aku tahu dia kata pada ibunya aku seorang janda. Aku hanya iyakan. Semakin hari dia semakin mendesak untuk kami serius ke langkah seterusnya. Tapi aku yang semakin takut.

Kami jalani hari macam biasa, hampir setahun kenal, akhirnya tuhan nak tunjuk, suami aku selamba minta telefon aku untuk tengok2, aku pun laju je bg password aku macam aku langsung takbuat hal, sesungguhnya sampai bila aku nak sorok, aku kantoi, suamiku menangis terkjut dengan perangai aku, itupun dia cuma taktahu sejauh mana hubungan kami.

Dia call laki tu tapi takberjawab sebab lelaki tu sedang operasi waktu tu, sampai dia mesej maki2, dr situ baru laki tu tahu suamiku dah tahu. Kami lost contact beberapa hari. Kemudian kami berhubung semula itupun masa aku di pejabat, kami contact pun sebab nak bg suami aku fikir kami dh tak ada apa2, aku minta dia telefon suamiku dan katakn yang kami takkn lagi berhubung, krn suamiku hanya fikir kami hanya berhubung melalui telefon sj, so suamiku kembali berbaik denganaku.

Semakin hari suamiku mula berubah sikap, segala yang aku runtuh kan sebelum ni dia ubah, mula bg perhatian pada aku, paling aku terkesima bila aku pinjam nak guna telefonnya, dekat history google dia ada search ‘cara2 puaskan isteri’ Allah, aku sebak wahai suami, bersungguh2 kau nak pertahanakan hubungan ini sdgkan aku curang, aku serahkn hak kau pada yang tak sepatutny, aku langsung tak perbaiki diriku, tapi engkau bila diuji, kau trs baiki dirimu.

Ya allah, aku ras kosong, apa yang dah aku buat, aku curang, aku berzi na, aku yang goyangkan tiang masjidku sendiri. Berdosanya aku, tiap mlm aku pndg wajah suami yang sedang lena, apa yang dia rs atau buat kalau tahu keterlanjuran aku, aku takut nak fikir, tapi aku lagi takut kalau rahsia ni aku simpan sampai hujung nyawaku. Aku betul2 takut dibayangi dosa sendiri. Bantu aku, apa aku perlu buat, iktkn aku nak rahsiakan sebab aku takkn lagi ulang semua ni.

Aku perlu bertaubat, tapi adakah terampun dosa yang hina ni kalau aku tak berterus terang dengan suami. Aku taktahu dengan siapa aku perlu cerita, jujurnya aku malu. Abang,maafkn sayang, masa sayang taip ni, kita sdg bahagia macam orang lain, tapi itu hanya yang kau rasa, bukan aku, sebab aku sentiasa dibayangi dosa ni abang, aku menangis takut kalau kau tahu dan kau tingglkan aku, aku menangis takut aku akan hilang kau dan anak2, aku takut dan aku taktahu sampai bila aku mampu berdiam diri abang.

Maafkn isterimu, aku berdosa. Terima kasih semua yang baca, aku akan baca komen2 kalian, mana yang tahu apa yang perlu aku buat, aku ucapkan dengan ucapan terima kasih, apa hukumnya jika aku hanya simpan dan diam, bantulah aku. Sesungguhnya aku gagal menjadi isteri dan ibu yang baik. Ya, aku gagal. Slmt mlm. Tq admin siarkan. Assalamualaikum.