Selepas sahaja 9 bulan saya berkahwin lelaki  itu pandai cari saya dekat Facebook katanya saya cepat sangat lupakan dia saya pun layan tak layan.

Salam semua, mohon komen yang murni2 untuk masalah saya. Saya dah kahwin baru lagi 2 tahun lebih. Macam ni, sebelom jumpa dengan laki aku, aku pernah terjaga jodoh orang lain. 3 tahun aku terjaga jodoh orang lain Tanpa sedar. Tau dia jodoh orang lain pun masa dia Baru sah jadi suami orang.

Wife dia call saya tanya apa hubugan saya dengan husband dia saya pun tanya balik Awak siapa dia kata dia wife pada si jodoh yang aku tumpang. Hancur hati aku men, tak terasa air mata aku mengalir.

Sakit sangat rasa Dekat jantung macam kena cvcuk2 sahaja. Terus aku letak telephone tanpa menjawab soalan yang dia Tanya tadi. Mungkin dia tak puas hati sebab aku terus letak telepon dia pun call saya balik.

Saya tarik nafas panjang2 saya tanya dia ”hello, iye ada APA dia tanya balik apa iye hubugan Awak berdua saya jawab tak ada apa2 hubugan pun, kami cuma kawan biasa ..Terus kata Oo ingat apa lah tadi, maaf iye mengnggu..

lepas saya tak contact dia lagi. Sampai satu saat dia selalu saja kacau hidup saya balik Walaupun Saya dah ada yang lain tapi dia tetap nak kacau saya padahal hati saya masih tak dapat nak lupakn dia.

Saya kalah dengan perasaan sendiri saya pun teruskan hubugan mcam biasa dengan dia sampai 5 tahun sampaikan kami dah terlanjur berkali2 siap pakej buang bayi dalam kandungan,. Sampai lah saya berhenti kerja dekat satu tempat ni, sebab nak Sambung belajar.

Saya putuskan balik hubugan kami. Tapi, dia datang cari saya balik. Sebenarnya, selepas saya tau dia hak orang saya berharap saya dapat orang lain yang dapat gantikan dia dekat hati saya.

Saya teruskan hubugan dengan dia selepas ta u dia milik orang pun sebab saya dah tak sangup Nak rindukan dia dalam diam. Smpaikan satu saat kawan saya bawa saya keluar jumpa kawan2 dia.

Disitulah permulaan saya jumpa jodoh saya iaitu suami saya Walaupun perasaan saya dekat dia tak seperti perasan saya dekat jodoh orang saya saya jaga. Sebab dekat fikir saya sebelom tu saya Kahwin selagi tulah jodoh orang yang Saya jaga tu dapat kacau saya.

Dengan perasaan yang masih kosong jodoh saya pun bawa saya untuk berkahwin dengan berkenal hanya 1bulan sahaja saya pun terima sahaja demi menjauhkan perkara yang tak ada makna saya buat selama ni jaga jodoh orang.

Selepas sahaja 9 bulan saya berkahwin lelaki  itu pandai cari saya dekat Facebook katanya saya cepat sangat lupakan dia saya pun layan tak layan. Sampai dia block saya dekat Facebook lepas tu dia chat saya balik selepas setahun.

Apa motif dia? Secara jujur hati ni masih ada lagi Baki untuk dia. Sekarang dia nak ajak jumpa sebab terlalu rindu. Dan kami plan nak jumpa hujung bulan ni? Salah kah jika kami hanya sekadar nak berjumpa sahaja?