Selama ni saya tak pernah check acc insta fb dan wassap nya hinggalah satu hari dia terlupa logout dari laptop

Salam Ramadhan. tolong hidekan acc saya min. Saya dah berkahwin dah 20 tahun, isteri tak bekerja dan membuat jualan kosmetik secara online. Persoalan saya ini mungkin   akan mengguris perasaan peniaga-peniaga online.

Mula-mula dulu memang saya beri kebenaran isteri untuk meniaga online, tapi lama-lama saya mula tidak berasa selesa apabila dia muat naik gambar-gambar di fb dan Instagram, walaupun bukan gambar dia itu adalah H4RAM, maka saya tegur, akibatnya dia unfriend saya di fb dan hidekan status di wasap.

Selama ni saya tak pernah check acc insta fb dan wassap nya hinggalah satu hari dia terlupa logout dari laptop saya dan saya tengok dlm messenger dan wasap ada perbualan dgn beberapa lelaki tidak dikenal yg bukan berkaitan dgn hal bussines, dan beserta gambar dan video.

saya tegur, dia minta maaf, tak lama lps tu dia buat lagi, saya dah kecewa, dia minta maaf lagi.. dan kali ketiga dia buat dlm masa beberapa bulan saya sgt2 kecewa.. saya dah down sgt2.. walaupun saya sayangkan dia, tapi masih tak blh terima hakikat tu, dia pulak buat mcm takde apa2 berlaku dan masih dgn aktiviti online nya..

kesannya skrg saya cepat marah pada dia walaupun hanya kesilapan kecil.. satu2nya perkara yang saya tak buat selama 20 tahun ni, cepat betul darah saya naik. Pada makcik2 bawang yg berniaga online.. tak perlu la bash saya.. bagi la pendapat yg membina.. terima kasih.