Sekarang ni isteri aku asyik update status wsap kata bukan2 siap dia tuduh aku berlaku curang la enjoy la taknak ambil dorang la

salam min. Sekarang ni semua orang terkesan dengan pendemik covid 19. aku pn tak terkecuali. Kisah dia macam ni.
hujung tahun lepas aku hantar isteri dan anak2 aku balik kampung sebab aku nak berkursus dan dia dah sarat mengandung masa tu.

Aku tak berani tinggalkan dia kt rumah sedangkn aku berkursus kt tempat lain. Aku pnh janji nak ambil dia dan anak2 bila aku dah habis kursus. Sekarang ni kursus pun dah habis. Sttle satu masalah. cuma aku tak boleh nak balik memandangkn kerajaan dah umumkan pkp disambung.

Timbul masalah nak rentas negeri, untuk makluman isteri dan anak2 aku sekarang ni ada di bumi kenyalang. So SOP untuk aku balik memang berganda dari yang sedia ada. Lagi satu, aku tak berani nak merisikokan nyawa dia orang.

Dahla anak aku yang bungsu baru umr 6 bulan. Sekarang ni isteri aku duk update status wsap kata bukan2 kat aku siap tuduh aku berlaku curang la enjoy la taknak ambil dorang la. smpai post kt fb burukkan aku.

Aku faham dia penat, aku faham dia letih jaga anak2 tapi musim macam ni semua orang terkesan.. aku dah mintak dia bersabar tapi dia tak boleh terima. Aku tertekan dengan kerje lagi. tapi dia tak hiraukan semua tu.

Tapi jangan la burukkan aku, tuduh aku bukan2 kat sosmed. Sebar semua keburukan aku padahal semua tu tak betul. Soalan aku adakah itu salah satu simptom meroyan min?. aku sabar je sekarang ni.