Sedihnya pada suatu hari terbongkar lagi rahsia dia bahawa dia kerap layan Socia sampaikan berkenalan dengan ramai wanita

Assalamualaikum KRT, mohon hide Profile saya. Saya telah berkahwin pada Januari 2011 ketika usia baru sahaja belasan tahun. Jarak umur saya dan suami lebih kurang 8 tahun.

Perkahwinan kami diatur oleh kedua dua ibu bapa kami dan direstui Alhamdulillah. Pada awalnya pernikahan saya tidak tahu bahawa suami telah berkahwin dengan Akma dan selepas dua bulan kami menikah.

Alasan perkahwinan mereka adalah kerana dia telah mengandungkan anak orang dan bayi dalam kandungan bakal lahir pada bulan yang sama mereka menikah.

Dia telah mengulangi kesilapan yang sama dan meniduri Fiza (bukan nama sebenar) dan mengandungkan wanita tersebut. Bayi itu juga bakal lahir pada tahun yang sama dia telah menikahi saya dan madu saya.

terbongkar setelah dua tahun perkara ini disembunyikan. Sungguh kecewa hati ini bila mendapat tahu suami yang kita sangkakan seseorang yang akan menjaga kita telah menipu kita hidup hidup.

Semua saya berikan pada dia, ketaatan, kesetiaan, kejujuran. Hidup susah bersama dia– ketika dia tidak mempunyai apa apa, sayalah yang membantu dia dapatkan duit deposit rumah, motor, kereta dan saya juga yang tampung perbelanjaan bulanan kami hingga awal tahun ini.

Penat lelah saya kerja siang malam – siang dia ofis, malam dia kedai makan/kafe tapi akhirnya, diduakan juga, bahkan saya memberi dia masa untuk dia berfikir jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang menimbun kerana komitmen bulanan bertambah setelah anak kedua dia dilahirkan.

Pada tahun 2016 Akhirnya suami telah menceraikan Akma dan Fiza setelah masalah itu selesai, saya bersyukur kerana pengorbanan dan kesabaran saya selama ini tidak disia siakan dan saya dishkan hamil anak pertama.

Sedihnya pada suatu hari terbongkar lagi rahsia dia bahawa dia kerap layan Socia sampaikan berkenalan dengan ramai wanita. Bila saya menegur suami, suami menidakkan perkara itu dan dia akan berhenti tabiat itu buat seketika

Selepas anak sulung kami dilahirkan, bertambahlah kerja saya sebagai seorang isteri dan ibu kerana saya juga bekerja sepenuh masa.

Masalah kewangan masih menjadi isu utama pergaduhan kami sehingga saya telah hilang rasa sayang pada suami saya sendiri dan mula utamakan kerja saya. Saya lebihkan masa di ofis dan untuk beberapa bulan, dialah yang harus uruskan anak kami.

Walaupun dia sedar bawaha saya telah berubah, dia masih melayani wanita lain. Dia berusaha untuk perbaiki dirinya dengan lebih membantu saya dengan kerja rumah dan juga dari segi kewangan.

Saya bersyukur dengan semua itu – mungkin dia betul betul sudah berubah. Yang membuat saya rasa was was adalah apabila saya perasan ramai perempuan lain yang suka menhubungi suami pada waktu waktu yang tidak sepatutnya seperti tengah tengah malam.

Yang membuat saya lebih binggung adalah apabila saya cuba bertanya tentang urusan dia dengan suami saya sehingga perlu menghubunginya malam malam,

Saya tahu dan percaya yang suami sudah tidak melayani perempuan lain lagi tetapi kenapa saya pula yang dimarahi dan dim4ki oleh perempuan tersebut apabila menegakkan hak saya sebagai seorang isteri? Memang sesetengah kaum Hawa ni lebih suka melihat kaum dia sendiri disakiti ke?