Sebelum tu dia ada berpuluh kali janji siap bersumpah dan masih juga buat saya masalahnya takut  sumpah tu makan diri dia.

Assalamualaikum. Min mohon siarkan ya. Maaf saya hanya perlukan pendapat bukan untuk membuka aib sesiapa. Sekarang saya jatuh talak dengan suami sebab dia bertaklik dan saya pregnant 5bulan, dia nak stop ketum dia minta masa 2 bulan uuntuk berhenti dan saya bagu selama dua bulan lah dia bertaklik.

so selepas hbis dua bulan dia 3 mnggu tak mnum masa tu saya bersyukur sangat sebab dia berhenti tp hidup tk macam org normal dia ddk dalam tekanan sebab tak dapat ketum. Dan kami selalu gaduh ada sampai dia naik tangan waktu kami bergaduh tu.

Dan dia mintak nak mnum semula sebab dia kata sakit2 dan tak boleh tidur selama 3 mnggu dia tak mnum tu, saya kata tak boleh sebab sebab bertaklik dia kata boleh sebab dia dengar dkt YouTube ad ustaz kata boleh tarik taklik.

So tetap cakap tidak boleh sebab saya pon ada belajar bab hukum2 taklik masa sekolah dulu. Tp dia tetap nak so saya ckp terserah la, dan dia tarik taklik tu dan saya ckp okay saya bg mnum cuma yang rebus sahaja klau btul tujuan untuk brubat, dia cakap okay.

lepas tu saya sruh dia bertaklik bru sebab saya tak yakin yang dia ambk mnum rebus je, sebelum2 tu dia memang mnum cmpur ubt dan macam2 air. 

Sebelum tu dia ada berpuluh kali janji siap bersumpah dan masih juga buat saya masalahnya takut  sumpah tu makan diri dia. So saya sruh dia bertaklik sebab saya tknak dia hdup dengan cara yang salah. Dan dia bertaklik kalau mnum selain rebus maka jatuhlah satu talak.

Kemudian selepas itu saya ada jumpa berberapa bukti botol2 yang dia buang yang saya thu botol tu dia ada campur ubat dan bila tanya dia tak ngaku, ada jumpa ketum dlm plastik bila ditanya dia kata kawan dia bg, dia main2 dengan taklik.

Saya mtk dia bertaklik tujuan untuk brubah, sebab dah 7 bulan saya bagi masa untuk dia brubah sudah nye macam tu jgk. 7 bulan kami kawin 7 bulan jgk selalu bergaduh. Dan skrng baru tahu dah jatuh talak sebab talak pertama msih sah.

Saya sayagkn dia cuma mslh skrng mak dia suka msuk campur hal anak menantu, dan selalu burukkan saya kepada kawan2 suami saya. Dan kawan2 suami pula smua kaki ketum. Dan bermuka2 lah mertua ni depan saya baik blkng mengata saya.

Smpai dia ckp lepas anak dia kwin dengan saya la bisnes jd drop, mngkin sebab saya ni janda anak 1 kawin dengan anak dia msih bujang Saya nak rujuk blik dengan suami cuma saya bg masa brubah smasa dlm iddah.

Cuma saya tkut bila fikirkn prngai mak dia tu sebab cerai yang first pon sebab ddk dengan mertua 3 thun. Yang ini pon kena ddk dengan mertua.