Saya pun dah bagitau suami dia siap bagi screen shoot meseg yang diaorang pernah berziina tapi suami dia macam tak ade perasaan.

Salam admin, tolong hidekn profil saya. Saya dah kawin ada anak 2. Masalah saya ada sorang perempuan ni masih isteri orang, tapi dia berziina dengan suami saya dah 2 kali dekat hotel. Dan dah banyak kali kantoi msg contact dengan suami saya, dia dah banyak kali janji taknak kacau or contact suami saya lagi tapi still contact belakang saya.

Saya siap dah jumpa depan2 dekat opis dia dan macam biasa janji tapi kantoi contact lagi. sampai saya dah tak boleh percaya janji dia lagi. bila kantoi dia kata suami saya yang gatal tapi bila baca msg2 dia pun sama melayan. Asik sembang nak check in hotel, nak jumpa, rindu. Jijik saya baca.

Saya pun dah bagitau suami dia siap bagi screen shoot meseg yang diaorang pernah berziina tapi suami dia macam tak ade perasaan. Bila saya nak call jumpa suami dia, suami dia tu block no saya. masih menangkan isteri dia dasar dayus punya laki. yang suami saya pulak dia taknak ceraikan saya, bila saya lari pandai pulak dia cari pastu maki2 saya depan kawan saya

Saya berkerja anak2 pulak sek. Sampi bila saya nak larikan diri dari suami biar dia ceraikan saya. Tak kan saya nak abaikan kerja dan anak tak sekolah. nak mintak nasihat keluarga suami memang tak boleh pakai la. Sebab diaorang konon taknak campur urusan keluarga kami. mintak nasihat orang agama suruh bersabar. sampai nak mental jugak la fikir pasal perempuan tu

Patut tak kalau saya viral perempuan tu, sebab saya penah bgtau dia kalau dia masih contact dengan suami saya, saya akan viralkan dia dan report polis kerana dia ganggu rumah tangga saya dan dia setuju dan janji takkan jadi lagi. Tapi 6 bulan lepas tu dia kantoi msg lagi rupanya. perlu tak saya viralkn dia. Saya dah sumpah memang saya takkan maafkan dia sampai mati apa yang dia dah buat pada saya.