Saya mendesak dan minta dia berikan penjelasan dan akhirnya suami mengaku sudah bernikah dengan perempuan tu hampir setahun

Salam admin. Hide kan fb saya..tq. Ada khabar angin yang saya dengar suami berhubungan dgn isteri orang. Saya tanya suami dan dia menafikan sekerasnya khabar angin tu. Kemudian perempuan tu mengandung dan selepas melahirkan anak dia diceraikan suaminya.Terdetik juga naluri saya adakah hal ini ada kaitan dengan suami.

Saya berdoa pd allah dan mengharapkan agar semua ni tiada kaitan dengan suami saya. Sebab saya pkir tak kan masih isteri orang sggup buat macam tu. Tapi tak tu la namanya perempuan murahan. Pada satu hari saya buka wasap suami dan nmpak gambar suami atas katil sama perempuan tu dan budak lelaki.

Setelah didesak masa tu la suami mengaku tu anak luar nikah hasil hubungan mereka. bertahun dorang sembunyikan hubungan haram dorg. Pada masa tu kandungan saya 4 bulan, allah sahaja yang tau prasaan saya msa tu dan syukur la allah lindungi kandungan saya. Saya bg kata dua, dia pilih saya atau perempuan tu. Dia pilih saya yang konon dah berbelas thn hidup susah senang bersama.

Tapi dalam diam dorang tetap juga berhubung. Saya dah jumpa dengan prpn tu, nasihat elok2, maki dah, tampar pun dah. semua sudah. Satu hari prpn tu pindah ke daerah lain, konon katanya mau jauhkan diri dr suami saya. Saya sangat berharap setakat tu sj hubungan dorg. Tapi. Suami ada membawa blk brg (rahsia) tertera nama perempuan tu dan naluri saya dapat rasakan sesuatu.

Saya mendesak dan minta dia berikan penjelasan dan akhirnya suami mengaku sudah bernikah dengan perempuan tu hampir setahun. ya Allah. betul2 allah menguji saya. Suami tidak pernah abaikan tggjwab dia bab belanja. Semua gaji dia serahkan pada saya dan belanja dia dengan bisnes ckit2 yang dia buat.

Suami saya ni kira jenis manusia baik la juga, tak pernah tggikan suara atau naik tangan pada saya. Suami memang jenis pendiam tapi tu la orang kata, orang diam ni diam2 berisi tapi bukanla semua macam tu kan. Sejak kejadian tu hubungan kami mangkin renggang dan kurang bercakap dan hnya bercakap klu ada hal2 penting je.

kalau gaduh ke termaki ke hanya dlm wasap je. Depan anak2 kami macam biasa. Kena berlakon la jg kan. Tiada lagi senda gurau gelak tawa antara kami. saya rindu suasana seperti dulu, tapi apakan daya. Mungkin hati saya sakit yang buat hilang rsa sayang pada dia.

Selepas melahirkan anak suami langsung tak sentuh saya. Selalu tdo berasing, tidak mengapalah itu sudah tidak penting bg saya. Saya pkir yang penting dia tak lupe nafkah untuk saya dan anak2.
Kami kerja kerajaan. Dan dia bernikah tanpa persetujuan saya dan tanpa kebenaran majikan. mgkin dia tak pkir masa akan datang, dia pkir seronok sgt dah tu dpt hidup dgn prpn yang di kejarkan sgt.

Saya pikir masa akan datang kalau prpn tu mengandung. Kalau suami mati memang lagi panjang cerita. Memang saya boleh undur diri sebab saya pun bekerja tapi berat untuk saya buat keputusan macam tu sebab anak2 msh kecil dan mereka memerlukan kasih sayang dari seorang ayah.lebih lg si kecil manja sangat sama bapaknya.

Saya rasa biar la dia dgn kehidupan dia nak buat apa pun. Kami tetap bersama demi anak2. Saya cari kebahagiaan sndri bsama anak2 sja la. Apa pun yang terjadi sekarang ni saya perlu kuat demi anak2 dan apa yang rasa perlu dalam hidup ialah cari keredoan allah dan kumpul amalan untuk bekalan saya mati nnti.

Hati saya hancur luluh berkecai, tapi apakan daya benda dah terjadi. berserah segalanya pd allah. Allah maha adil maha kaya dan setiap apa yang jg terjadi pasti ada hikmahnya. Kepada suami andai kamu mampu berlaku adil atau tak. kamu mampu atau tak bimbing anak isteri kamu dunia akhirat tu urusan kamu sama allah. Dia la yang akan menghitung segala baik atau buruknya perbuatan kamu.