Saya lelaki bujang berumur 27 tahun dan saya masih tiada kekasih hati namun saya berkenalan dengan seorang perempuan yang berusia dan dia sudah berkahwin

Asmekom Min KRT, Tolong hide nama FB saya ye. Saya lelaki bujang berumur 27 tahun dan saya masih tiada kekasih hati namun saya berkenalan dengan seorang perempuan yang berusia dan dia sudah berkahwin. Mungkin lingkungan dalam 35 tahun.

Pada permulaannya, saya sekadar berkawan dengan dia, kami berjumpa ketika satu event yang dianjurkan di syarikat kami bekerja, namun sekarang dia sudah berhenti kerja.

Selepas dia berhenti kerja, dia sering whatsapp saya, saya dan dia suka berkongsi cerita masing-masing. Dia telah mempunyai seorang anak.

Saya tidak pernah tanya tentang suami dia dan saya yakin dia masih mempunyai suami dan berdasarkan ceritanya, dia duduk berasingan. Saya tidak pasti sama ada bercerai atau masih bersama.

Masalahnya saya sudah menaruh hati terhadap dia dia kerana selalu mengambil berat tentang diri saya dan dia pun jatuh hati pada saya. Saya rasa saya amat bertuah, tetapi saya masih membatasi kerana saya tahu dia masih isteri orang.

Tolong saya min, saya buntu. Utk pengetahuan semua,kami tidak pernah berjumpa,hubungan kami hanya melalui socmed sahaja. Saya sudah menahan perasaan ini tetapi lama-lama saya tersuka dengan dia.

Saya rasa selesa dengan dia sebab dia matang, menasihati saya seperti seorang ibu dan saya rasa amat-amat disayangi.
Saya tak mahu meruntuhkan rumahtangga dia, saya sedih setiapkali melihat gambar anak dia,

seumpama saya akan merampas kasih sayang dari anaknya tambahan lagi dari suami dia. Tolong nasihati saya min dan jangan kecam saya yea…