Saya baru tahu semuanya lepas kelahiran anak ke2 dan apa yang paling buat saya sakit nama ank kami suami letak nama perempuan tu.

Hi Min selamat pagi, minta hide FB saya min. saya nk luahkan hal ni. dah lama saya simpan. saya dah berkahwin 6 tahun, kami kawen atas dasar suka sama suka sejak dibangku sekolah. awal perkahwinan kami pjj dari 2015-2018. semuanya sangat indah.

2018 sehingga skrg kami dah tinggal sebumbung. alhamdulillah. anak pertama kami skrg 5 tahun, anak kedua 2 tahun. selepas tinggal bersama baru saya tahu suami saya pernah ada hubungan kekasih dgn seorang perempuan sebelum kami bernikah 2015. perempuan tersebut tinggal satu tempat dgn suami saya.

jadi hampir setiap hari mereka berjumpa. sehinggalah kami bernikah, mereka masih berhubungan sbb kami pjj. perempuan tu tahu suami saya sudah bernikah masa tu.
sejak 2018 baru mereka slowkan hubungan mereka sbb kami dh tinggal sebumbung dan perempuan tersebut sudah ada bf dan akan berkahwin.

tetapi saya perasan suami masih comment di fb mak dan adik beradik perempuan tersebut contohnye utk wish happy birthday atau wish raya atau sekadar memuji2 mak perempuan tu seolah2 untuk mengambil hati. untuk pengetahuan, hubungan mereka sebelum suami berkahwin sebelum ni memang direstui keluarga dan ibu bapa perempuan tersebut.

mereka betul2 berkenan dengan suami. sampai mcm tu rapat hubungan mereka min. sekarang suami dan perempuan tu sudah tidak friend di fb tapi masih menyimpan no hp masing2 sebab kadang2 whatspp story perempuan tu akan naik di whatspp suami saya.

suami pula sehingga kini masih wish2 dan comment2 memuji2 mak atau ayah perempuan tersebut. Saya baru tahu semua ni lepas kelahiran anak ke2 dan apa yang paling buat saya sakit min nama ank kami suami letak nama perempuan tu bukan nama biasa min.

Anak kami sepsang lelaki dan perempuan. suami nk letak nama anak hujung dia sama. ini nama contoh saya bagi. Danish dan Danisha. nama perempuan tu bukan nama biasa min kalau nk kata kebetulan. ini mmg betul2 dia letak sbb nama perempuan tu lain sikit. so anak2 kami yg perempuan hujung dia danisha mmg nama perempuann tu hujung dia danisha. ank kami yg lelaki hujung dia nama danish.

saya sedih kemurungan min saya betul2 rasa suami suka nama tu atau ikhlas dengan nama tu rupa2 nya nama tu nama gf dia min. allahu. saya sedih sangat min. kdg2 saya nampak dia conment di fb adik perempuan tu, ‘kirim salam pada mama, ckp kt mama get well soon’. saya bace hancur hati saya min. mama? panggil mak perempuan tu mama? kalau dulu2 takpela min, ni sampai skrg min.

saya tau perempuan tu yg mana. dan sudah berkahwin. saya kdg2 selalu terjumpa perempuan tu sbb kawasan kami ni bukan bandar besar. rupa2 nya seblum ini, suami selalu makan di kedai mama perempuan tu. dari situ mereka jatuh cinta. suami bekerja ada pangkat sikit, mak dan ayah perempuan tu sangat2 berkenan dengan dia.

sehingga kami dh menikah, mereka masih berjumpa. masih bermsej masih call. hancur hati saya min. saya dah tawar hati makin hari dgn suami. tp suami tak tau akan hal ni. saya tak tau nk ckp mcm mana. mmg confirm akan gaduh dan suami akan sambil lewa menafikan hal ni.

saya tertekan. saya marah2 dia. saya dah kurang rasa hormat pada dia sbb dia masih ingat perempuan tu. paling teruk saya kene hadap nama ank saya ni. sepanjang hayat saya akan sebut nama perempuan tu. saya perlu buat apa min.. saya rasa nk koyak surat beranak anak2 saya.

sekarang saya agak dia ada hubungan dengan perempuan lain. sbb dia selalu outstation. biasanya dia akan ada gambar utk setiap job dia. ni dah sejak setahun ni takde gambar apa2. alasan dia pkp. tp takkan gambar sendiri dgn kawan2 dia takde ambik.

naluri saya kuat min tapi saya belum kuat nk bukak hp atau tengok whatspp dia. saya tau kalau dia ade hubungan, dia akan menafikan dan membuatkan semua kesalahan kt saya sbb saya kenal suami saya. bantu saya min. saya perlu buat apa. Allahuakbar sakit dada. Tambahan, bila saya cek. rupanya suami sangat aktif komen dan like fb dan ig perempuan tu sejak 2014.

Suami suka bergurau bila ada gambar perempuan tu. kalau ada family mereka post gambar ramai2, suami akan like setiap gambar yg ada perempuan tu min. setiap gambar. satu2 dia akan like. walaupun nampak sikit. kdg3 dia bg emoticon love di gambar tersebut. dan rajin sangat komen dia fb family perempuan tu.

tetapi post saya pasal anak2, post saya yg saya tag dia jalan2, jarang sekali dia like mahupun komen. kdg2 dia perasan tapi tak respond apa2. mula2 saya fikir, suami bukan yg aktif di fb. lama2 bila dh tinggal sebumbung baru tau min, suami mmg akan bukak fb. selalu.

Dia sekarang tengah suka tengok tiktok semua perempuan gelek2. dan kebanyakkannya perempuan tu mmg taste dia min. muka bulat berisi putih2. badan berisi2 chubby2 tu mmg taste dia min.
saya pernah terperasan dia masih simpan gambar perempuan tu di dlm memory card hp dia. kdg2 dia masih belek gambar tu.

untuk pengetahuan, gaji saya lagi tinggi dari gaji suami. tp saya tak kesah untuk berkongsi tanggungan. perempuan tu kerja di warung kedai makan biasa. suami kereta biasa, saya sebelum kawen dah beli vios. akrg rumah dan loan tanah pakai nama saya. saya tak kesah saya fikir tu aset saya.

kdg2 saya terfikir kenapa suami tak putuskan je hubungan dgn saya sebelum berkahwin dan berkahwen je dgn perempuan tu. kenapa teruskan juga dgn saya. adakah kerana pekerjaan saya yg elok, dan dia boleh menumpang senang?

saya bukan merendah kan perempuan tu. tapi saya terfikir sendiri. kenapa masih terima saya walaupun dari dulu sampai skrg dia masih tak boleh move on dgn perempuan tu. masih cintakan perempuan tu.