Satu hari tengah makan tiba2 mertua cakap dekat saya suruh saya cari kerja sebab dia cakap kalau duduk rumah pun bukan ada duit.

Assalammualaikum min. tolong hide fb saya ye. Saya nak tanya pendapat semua warga KRT. Saya berkahwin baru dalam 3 tahun dan belum mempunyai anak lagi. sebab setiap kali mengandung mesti gvgur.. Sejak berkahwin saya memang duduk dengan mak mertua sebab ayh mertua dah takde.

Adik beradik suami ada 3 org. Dari start saya kahwin sampai la sekarang apa yg saya buat semua tak kena dimata mak mertua. Puas dan macam2 saya cuba ambil hati mak mertua tapi ada saja benda yg dia tak suka.. Pernah saya masak lauk tu pedas sikit dia cakap dekat saya dia tak suka pedas..

Bila saya masak lauk tak pedas dia akan cakap lauk tu dia tak minat. Dan cakap negeri dia dan negeri saya tak sama rasa masakan .. Saya pun cuba lah ubah dan belajar ikut selera dia dan suami ikut la negeri dia punya masakan Tapi tetap jugak dia komplen itu ini.. Macam saya memang suka masak.

Setiap awal pagi memang hbis solat subuh saya akan masak lauk pagi dan letak air panas untuk dia mandi.. Tengah hari masak lauk tengah hari .. Dan petang saya selalu masak kuih atau goreng benda simple.. Sebab malam mak mertua memang tak makan dah.

Hanya suri rumah je paham bertapa penat kan buat kerja rumah , mengemas lagi walaupun takda anak lagi ,tapi rasa penat tu hanya boleh diam je walaupun mak mertua hanya tahu bila lapar datang keluar makan , bila kenyang masuk bilik dan baring je langsung takde buat apa langsung..

Boleh orang buat keje dia baring jela..Hati sapa tak sakit kan tapi saya bersabar je sebab pikir dia orang tua ..Alasan yg dia bagi, tak larat dah nak buat keje semua benda ni.. Nasib la suami pun jenis suka tolong isteri dia , bila balik je dari keje dan faham sangat perangai mak dia.

Alhamdulilah rezeki saya dapat suami yg sangat baik dan bertanggujawab ..Abg ipar dan kak ipar pun semua baik2 tapi kak ipar dan abg ipar walaupun negeri yg sama tapi lain daerah , dorg memang jarang balik dan jarang jaga mak mertua.. Memang saya dan suami je la yg jaga.

Satu hari tengah makan tiba2 mertua cakap dekat saya suruh saya cari kerja sebab dia cakap kalau duduk rumah pun bukan ada duit. saya pun kerja la ..Nak dijadikan cerita masa saya tengah kerja dia telefon adik beradik dia cakap ada menantu pun tak guna sebab tak hirau pasal dia..

Sebab dia cakap dia sorang2 dan ank menantu semua kerja sambil menangis2.. Lepastu dia telefon pulak jiran cakap saya tak masak. Lepastu mak sedara dan jiran call la saya cakap kenapa buat mak mertua macam tu  sedangkan masa saya pergi kerja memang saya dah siap hidang bila time subuh mak mertua memang kena letak air panas untuk dia mandi, tu pun saya dah buatkan jugak.

Ya – Allah geram sungguh la masa tu .. Dan masa tu jugak saya balik dan terus resign keje ..Dan telefon suami cakap kenapa mak awak cakap macam tu.. Dan terus balik rumah tanya mak dia kenapa cakap macam tu dekat orang sampai orang lain marah saya,

dan jawapan dia boleh cakap ala jangan percaya cakap orang dorang semua tu saja nak bagi kita satu keluarga bergaduh. Saya pun diam dan cakap takpe la mak saya percaya cakap mak mertua tu .. sebab pikir saya ni hanya menumpang rumah dia kan..

Satu hari kami nak pergi la tengok adik mak mertua yg dia rapat sebab dorang suruh datang rumah.. Bila dah sembang2 apa semua mak saudara hidang la nasi ayam , boleh mak mertua cakap depan saya dan suami kalau dekat rumah dia makan nasi dengan telur je.

Dan cakap kerja2 rumah semua dia buat.. Korang bayangkan la mak saudara perli depan saya dan suami kata kenapa biarkan orang tua buat kerja sedangkan korang kan muda boleh je buat kerja rumah.. Lepastu suami saya saung la mak mertua dan cakap kenapa mak cakap macam tu dekat orang..

Habis selama hari ni bini dia tu  masak lauk punya banyak tu apa .. Terus diam la mak mertua tak sangka anak dia akan saung dia..Lepastu suami cakap lagi dekat mak saudara , orang luar takkan paham apa yang wife saya lalui , semua boleh cakap tanpa melihat ,setakat dengar semua boleh dengar tapi org yg rasa je yg akan paham ..

Start dari tu memang saya dah tak percaya apa mak mertua cakap..Saya bagitahu la suami yg saya sedih la macam2 mak mertua hina saya, pernah cakap saya ni tak guna la , masak tak sedap la dan paling sedih masa saya mngemas rumah saya xtahu la saya mngandung  ,

tengah mop lantai saya jatuh la , dan keluar d4rah dan saya jerit la sakit.. Mak mertua boleh dengar dan cakap nangka busuk jatuh.. Masa tu saya call suami dan terus suami bawak g hospital.. Benda tu la paling saya ingat sampai m4ti.

Macam2 dia hina bagitahu jiran2 pasal rumah tangga saya dan suami.. Memang semua menantu , dia tak pernah langsung suka.. Dan pernah mak mertua cakap yg dia nak jodohkan anak lelaki dia dengan orang lain tapi anak laki dia semua dah ada calon.. Tu yg dia bengang la kot ..Bila dengar dia cakap macam tu macam nak tngking je dia sekuat hati tapi pikir orang tua kan , tak nak la kurang ajar..

Sebab tu la kak ipar saya pun tak nak datang rumah mak mertua sebab dia tahu mak mertua ni jenis pemalas dan suka pura2 menangis depan abg ipar.. Lepastu menjaja cerita dekat adik beradik mak mertua dan jiran , tapi keburukan anak2 dia taknak pulak  nak cerita. Abg ipar dan kak ipar walaupun dh kahwin lama dari kami pun tak nak jaga mak mertua  sangat sebab rimas dengan perangai mak mertua ni.

Walaupun saya ni baru berkahwin dalam 3 tahun tapi sakit demam dia , cuci luka dia yg bernanah sebab dia ada kencing manis sampai la dia sihat sepenuhnya semua benda saya buat .. Tak pernah rasa jijik.. Menantu yg dia tak suka ni la jaga dia sakit demam ,, tapi semua menantu dia benci.

Memang sedih apa yg jadi sbb dia tak pernah nak hargai apa yg saya buat .. Dan saya dah bincang dengan suami yg kami nak pindah rumah. Tapi rumah yg berdekatan dengan dia la ,sebab senang saya nak hantar makan dan jenguk dia walaupun dok berjauhan.

Nak kata jauh tu takde la sebab dalam  daerah tu jugak. Saya dah tak boleh nak bersabar sgt dengan  perangai dia dan buat keputusan pindah rumah jugak. Saya dan suami sekarang dah pindah lagi la dia mengata sakan.. Sedangkan dia pun suka kami pindah..

Dan siap suruh lagi kami pindah dok berdikari. Sekarang memang dia tinggal sorang2 la.. Walaupun dia tinggal sorang saya dan suami selalu tengok dan jenguk bagi dia makan. Tapi betul ke tindakan saya pindah rumah ni warga krt ??Saya dah tak boleh dah nak duduk sebumbung lagi dengan mak mertua  

walaupun dalam hati ni kesian sangat sebab dia tinggal sorang.. Tapi kalau saya terus tinggal dengan mak mertua nanti siap hari bulan saya pulak boleh jadi gila .. Apa pendapat  warga krt ??