Dijadikan cerita semasa balik kampung haritu mak mertua aku ada suruh aku pergi tengokkan telefon dia

Assalam min. Hide profile aku ya min. Aku just nk share dan tanya sikit pendapat follower KRT ni.  Aku dengan wife alhamdulillah tak ade masalah apa. Cumanya aku ada terasa hati sikit dengan mertua aku. Usia pkahwinan aku dengan wife 3 tahun.

Ceritanya dulu2 Mak mertua aku selalu duk text aku tanya2 khabar anak isteri apa semua dan aku pn reply macam biasa. Yela macam biasa lah macam mak dengan ank macam mana kan. Wlaupun aku menantu.

Alhamdulillah aku rasa dia memang layan aku macam ank dia. Sampailah nak dijadikan cerita time balik kg haritu mak mertua aku ada suruh aku tengokkan telefon dia, dan aku terlihat ws dia dengan adik dia maksdnya mak sedara bini aku lah.

Las tu aku terbaca dia cakap yang dia tak tahu aku ni jenis bleh diharap ataupn tak. Dan dia cakap aku lebihkan family aku. Sebab dia sebut nama aku dalam perbualan ws dorang tu.

Mgkin pada dia aku lebihkan family aku. Sedangkan aku rasa aku dh ckup adil utk family aku dan family wife. Aku bertugas di selatan, bini aku pn ikut aku skali.  Mertua aku di pantai t!mur.

Aku nk balik kg wife pn dh berat hati. Lepas tahu mertua aku duk cakap2 macam tu kt aku.

Lepas kejadian tu, aku buat tak tahu je. Dan aku jadi malas nak ambik berat sgt dah mak mertua aku. Tanya khabar dia pn aku dah jarang sebab teringat apa yang dia cakap pasal aku tu.

Kalau dia ws tanya khabar pn, aku sengaja buat2 reply lambat. Aku tak cakap pun kat bini aku tentang hal ni, cukup lah aku sorang yang tahu. Tak salah ke apa yang aku buat ni ya ?