Sampailah beberapa hari yang lepas aku menangis merayu mintak dia cerita apa yang terjadi sebab aku tak sanggup lagi tengok dia layan aku macam tu min

Salam min and warga krt semua. Harap semuanya sihat2 n happy. Hidekan profile ye min. Cuma nak beri peringatan kepada semua wanita yang belum berkahwin. Jagalah mahkota kita sebagai seorang perempuan. Jagalah batas pergaulan. Janganlah senang termakan dengan pujuk boyfriend2 atau yang belum pun pasti jadi suami. Kesian dekat bakal suami kita nanti. Cuma ingatkan..

Aku kawin dengan suami baru lagi, 2 tahun. Sebelum ni semuanya indah. Suami sangat syangkan aku, aku pun sayang sangat2 kat dia. Jatuh hati dekat dia 6 bulan seblum kawin dan dia ajak kawin. Nak jdkan cerita, sejak beberapa minggu lepas, perangai dia lain sangat. Nampak macam benci sangat dekat aku. Aku mulanya pun tak tahu mana datang puncanya.

Aku banyak kali tanya dan dia susah sangat nak jawab. Sampailah beberapa hari yang lepas aku menangis merayu mintak dia cerita apa yang terjadi sebab aku tak snggup lagi tengok dia layan aku macamtu min. And dia pun start bukak semua kisah silam aku sebelum kawin dengan dia. Mana dia dapat tahu dia tak cerita lagi sebab dia kata tak nak panjangkan lagi cerita.

Dia kata dia tak sangka yang aku pernah tidur dengan beberapa laki sebelum dia. Aku tergamam and dia teruskan cerita dr A-Z apa yang dia simpan. Aku mengaku sblm kawin aku seorang yang liar. Party n club jangan cerita and aku banyak kali tukar lelaki masa tu sampai selalu bersama dengan lelaki 2 yang aku sikit pun tak terfikir akan guna dan tinggalkan aku satu hari nanti.

Lepas dia cerita semua benda aku mintk maaf sangat2 kat dia and menysesal. Tu cerita lama dan aku pun tak tahu apa aku buat mse tu. Akhirnya dia peluk n mintk maaf sebab dia kata dia cuma terkjut dan tak sangka yang aku bertudung ni sekarang rupanya ada kisah lepas yang teruk macam tu. Aku betul menyesal dengan masa silam aku. Tapi siapa yang blh ubah masa silam kan? Past is past. To many years to come with u husband. I love you so much b. Tq sebab still terima i seadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *