Sampai awal tahun 2020 mengucap panjang saya bila suami bagi tahu  perempuan tu mengandung

Salam min. Sila hide fb saya. Saye nak mintak pendapat. Tahun 2019 saya dapat tangkap suami saya bercinta dengan rakan sekerjanya. Muda 8 tahun dari suami saya. Mereka bercuti kesana kesini macam pasangan suami isteri dah.

Mungkin kekurangan saya sebab saya kerja, jawatan agak tinggi dan badan saya agak besar lepas bersalin anak no.3. Suami saya mewahkan perempuan die. Bagi baju, handbang kredit kad semue.

Sampai awal tahun 2020 mengucap panjang saya bila suami bagi tahu  perempuan tu mengandung.. Saya memang tak izinkan suami kahwin satu lagi. Memang prinsip saya. Saya bagi kata dua dekat suami. Pilih saya or perempuan.

Dia pilih saya. Saya amik keputusan untuk call perempuan tu, apa lagi hamun la sebab suami saya ckp perempuan tu yg goda die. Suami cakap die macam kena m4ndr€m dengan perempuan. Perempuan tu resign dan terus menghilangkan diri.

Saya hidup dengan keadaan denial dengan meletakkan semua kesalahan dekat bahu perempuan tu. Saya skrg takut. Sebab saye tahu z!na tu adalah hutang, saya takut anak2 saya nanti kena kifarah dia.

Suami sudah janji dia tak kan curang lagi. Janji tak kan contact perempuan tu lagi. Salah ke min cara saya