Salah Faham Kempen Produk Barangan Muslim, Harith Iskander Jadi Bahan Lawak Di Twitter

STATUS pelawak Harith Iskander di Twitter berhubung kempen utamakan produk Muslim (BMF) yang ha@ngat diperkatakan kini mengundang kema@rahan netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan pelawak itu terburu-buru mengkri1tik kempen berkenaan tanpa memahami tujuan sebenar ia dilancarkan.

Lebih mengundang kema@rahan apabila pemenang pertandingan Funniest Person in The World itu cuba mengaitkan isu sukan dalam kempen berkenaan.

“Kenapa hanya setakat ‘beli produk Muslim sahaja’?

“Mengapa tidak sokong atlet Muslim sahaja, berhenti menonton perlawanan badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG – malah mungkin lebih baik berhenti menonton rancangan sukan,” tulis Harith di Twitter.

Harith enggan memanjangkan isu berkenaan.

Kenyataan Harith ini sebaliknya menjadi b@han ketawa netizen kerana menyifatkan dia g@gal memahami tujuan sebenar kempen itu.

Jelas netizen kempen itu hanya bertujuan menggalakkan pembelian produk keluaran Muslim dan bukanlah usaha memboi1kot produk bukan Muslim.

“Apa kaitan membeli produk dengan menonton rancangan sukan. Ohh lawak b00doh… gelak ajalah.

“Buy Muslim products first boleh membantu menaikkan ekonomi orang Islam, manakala tidak menonton semua sukan tiada kena mengena dalam membantu ekonomi.

Beberapa netizen membalas twit Harith di Twitter.

“Harap fahamkan betul-betul. Bukan ‘sahaja’ tapi ‘pertama’,” kata beberapa netizen.

Sementara itu Harith ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“No komen, saya tidak mahu ambil pusing apa yang mereka katakan.

“Saya risau masyarakat akan menya@lah tafsir akan apa yang cuba disampaikan”, katanya rinkas.

“Masih ada lagi yang tidak taham maksud #BMF, kita tak boi1kot ‘non Muslim’, kita cuma utamakan barangan orang Islam. Mencari yang halal itu fardu,” ujarnya.

Dalam pada itu seorang pengguna, Asri Wahid menyeru supaya tidak mempedulikan pemimpin yang enggan menyokong untuk memperkasakan ekonomi ummah.

“Abaikan mereka, kita terus fokus, ingat matlamat adalah untuk memperkasakan ekonomi orang Islam dan bumiputera. Jangan terpengaruh dengan kata-kata mereka,” katanya. –

sumber: mstar