Rakyat tidak dapat gambaran kejayaan kerajaan – PM
mahathir
Mahathir (tengah) ketika sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary hari ini. Foto oleh Bernama
KUALA LUMPUR – Rakyat tidak mendapat gambaran sebenar tentang kejayaan kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan walaupun pelbagai usaha dilakukan sejak mentadbir negara setahun lepas, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, pelbagai tuduhan kononnya kerajaan tidak disukai rakyat adalah disebabkan segelintir pihak yang ekstrem bertindak memburuk-burukkan kerajaan hingga menimbulkan kemarahan rakyat.
“Hari ini kita bermesyuarat tentang pelbagai perkara termasuk dakwaan kalau ‘hari ini ada pilihan raya, PH akan kalah’. Jadi kita ingin tahu sebab apa dan kita bincang panjang lebar.
“Kita dapati, kesalahan itu tiada. Tapi komunikasi kita kurang baik. Kita dapat begitu banyak press (media), tetapi bila kita bercakap tentang kejayaan kita, press (media) tanya soal lain supaya ada kontroversi. Ada press (media) suka kontroversi.
“Kita juga dapati, ada pihak yang menggembar-gemburkan perbezaan soal agama, bangsa dan macam-macam lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini. – Bernama
Sumber : Kosmo online