Daun sireh memang terkenal banyak kegunaanya untuk rawatan penyakit. Rupanya ia berkesan
menghilangkan batuk dan kahak yang dialami oleh bayi.
Kasihan tengok bila bayi kena batuk, kahak dan selesema kerana si kecil masih belum tahu cara mengeluarkan kahak dan hingus dari dalam hidung mereka. Akibatnya bayi akan merengek dan meragam kerana sukar untuk menarik nafas akibat hidungnya tersumbat
Ibu bapa yang ada anak kecil pasti susah hati kalau baby terkena selesema dan batuk. Anak jadi tak lalu makan, tak lena tidur dan tentunya meragam kerana tak selesa.Bila jadi begini dah tentu mak dan ayah juga kena tempiasnya berjaga untuk anak. Nak beri makan ubat pun satu hal, selalunya bayi akan menolak.
Kalau ada yang berdepan dengan situasi macam ni, boleh cuba petua rawat bayi yang batuk dan selesema menggunakan daun sirih. Sebelum ini pernah juga membaca perkongsian tentang petua tapi rasa musykil. Terfikir betul ke hanya guna daun sirih boleh rawat selesema dan batuk.
Selain dari itu batuk juga akan menyebabkan tekaknya gatal dan kering dan akhirnya bayi enggan menyusu. Kalau tak sihat macam tu, ibu bukan sahaja susah hati tapi tak boleh bergerak ke mana kerana bayi hendak ‘melekat’ sahaja
Jika si kecil anda belum cukup 2 tahun, biasanya doktor tak akan memberikan sebarang ubat batuk atau selesema. Jadi bagaimana cara terbaik untuk merawat batuk dan kahak bayi? Ada banyak petua tradisional untuk merawat batuk si kecil yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur atau sekitar rumah kita.
Antara yang popular adalah menggunakan bawang putih, kunyit, lemon dan seorang ibu ini berkongsi petua viral menggunakan daun sireh untuk merawat masalah batuk dan kahak bayinya. Alhamdulillah selepas mencuba petua tersebut, bayi Shikin Jaiz berjaya mengeluarkan kahak dan hingus yang tersumbat.
Tapi selepas membaca perkongsian kali ini oleh NurFarahin Hamdi, rasanya petua ini boleh jadi mujarab. Dikongsi oleh 12 ribu netizen kebanyakannya kaum ibu ramai yang mengakui keberkesanannya.
Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal.
Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans. Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh bakteria. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif.
Selain untuk selesema bayi, dauh sirih juga boleh digunakan untuk meredakan bayi kembung. Caranya pun lebih kurang sama.
Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.
Sumber: NurFarahin Hamdi Anselmus