Persediaan Comeback, Kim Woo Bin Bukan Akaun Instagram

Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin dikatakan telah membuat satu akaun Instagram (IG) sebagai persiapan kemunculan semula dalam dunia lakonan tidak lama lagi.

Akaun dengan nama id @kimwoob1607 itu setakat ini telah memuat naik foto terbaru beberapa hari lalu.  


Bagaimanapun, agensi Woo Bin, Sidus HQ sebaliknya menafikan perkara itu.

“Kim Woo Bin tidak mempunyai akaun sosial media seperti yang diperkatakan. Foto yang ada di dalam akaun tersebut telah dimuat naik oleh peminat dan foto itu merupakan foto lama Woo Bin,” ujar wakil agensinya.

Agensinya juga menegaskan gosip mengenai kemunculan semula Woo Bin adalah tidak benar.

“Berita itu palsu, Woo Bin masih lagi sedang memberikan focus untuk memulihkan keadaan kesihatannya terlebih dahulu,” jelasnya.

Terdahulu, Woo Bin disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017. Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak

Bagaimanapun, Woo Bin yang popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain.

Sumber: Koreaboo