Pelajar Tahfiz Di LlWAT Rakan Sebaya

HARAPAN seorang ibu ingin melihat anak lelakinya berjaya dalam ilmu pengajian Islam dan al-Quran musnah selepas anaknya menjadi mangsa Iiwat beberapa pelajar di sebuah pusat tahfiz di Beserah, dekat Kuantan, sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan Harian metro, kejadian diketahui ibu m4ngsa selepas menyedari kelakuan anaknya yang berusia 11 tahun mula berubah.

Anaknya kemudian menceritakan kejadian itu selepas dip4ksa oleh ibunya untuk berbuat demikian.

Ketua PoIis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, berdasarkan keterangan m4ngsa, dia mengaku pernah diIiwat beberapa kali oleh rakan sebiliknya.

“Mangsa memaklumkan mula diIiwat sejak April lalu dan kejadian berlaku pada awal pagi. M4ngsa juga dikatakan takut dengan beberapa rakannya hingga menyebabkan dia tidak menceritakan kejadian itu kepada w4rden dan ibu bapanya.

“Bagaimanapun selepas m4ngsa berhenti belajar di sekolah itu pada bulan lalu kejadian itu terbongkar sebelum ibu m4ngsa membuat lap0ran di Balai PoIis Beserah pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Noor berkata, hasil maklumat, pihaknya menahan tiga remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun di sekitar daerah Kuantan, pada hari sama ibu mangsa membuat lap0ran.

Beliau berkata, semua mereka dir3man bagi membantu siasatan berhubung laporan yang diterima pihaknya.

Katanya, mangsa juga akan menjalani pemeriksaan perubatan dan keterangannya akan diambil bagi melengkapkan siasatan.

Sumber : Harian Metro