Patutkah sebagai istri ko cakap dekat suami yang ko tak redha sampai solat aku pon dia babitkan tak guna solat kalau istri tak redha.

Assalamualaikum wrga krt.. Sekadar nak tanya pndpat semua. Macam ni, semalam aku bergaaduh dengan wife aku. Dia cakap tak redha terhdap aku. Sebab dah lama aku tak bagi nafkah. Umur perkahwinan aku dh cecah 6tahun. Sepanjang perkahwinan aku, tak pernah aku abaikan nafkah untuk wife aku dan anak2. Stiap bulan 750 aku bagi untuk wife aku. Bayar rumah, sekolah anak, pengasuh ank kecik 1 tahun.

Dia bekerja sektor awam gaji 3k. Aku bekerja sektor swasta gaji boleh la 4k lebih, sebelom covid19 melanda hidup aku dan family bahagia sangat. Ada juga Kadang2 bergaduh tapi kejap je. Selapas pkp aku di berhentikan krja. Seldpas tu aku terpaksa cari kerja, susah betol nak dapat krja.. Last2 dapat la kerja tapi gaji tak macam dulu la 1500 basic.

Lepas itu hidup aku dengan wife dah macam huru hara, sebab dengan gaji sekarang aku tak dapat aku cover bayar bulanan. So, aku mintak wife aku cover. Sebulan 2 3 bulan ok la. Sekarang wife aku dah merungut, dia cakap membebankn dia. Tak banyk pom aku mintak tolong dia cover kan 400 je dia bayar kn. Dengan gaji aku basic 1500 ape la sangat boleh bayar, tapi dengan ot aku dpt la merasa gaji 2000+.

Tolak rumah, asuhan baby, susu dan pampers bby. Tinggal baki 500, dengan duit tu jugalaa aku buat isi minyak moto, buat beli barang dapur. So, faham2 laa macam mana nak bagi dekat wife aku kan. Semenjak dua menjak ni asyik bergduh je dengan wife. Selalu menyindir aku, selalu mengungkit ungkit. Aku banyak bersabar kuatkan hati, klau ikutkn hati ntah jd ape tak tau kalau aku angin juga.

Sepanjang hidup 6 tahun tak pernah aku mintak pertolongan dia. Pinjam duit dia. Semua bayaran keluarga semua aku tanggung. Bila aku dalam kesusahan ptutkan aku dapst di layan begini? Aku hidup dalam keadaan makan hati setiap hari. Ayat2 dia buat panas telinga aku je. So aku nak tanya pendapat akak2 dalam ni, Patutkah sebagai istri ko cakap dekat suami yang ko tak redha sampai solat aku pon dia babitkan tak guna solat kalau istri tak redha.

Ko rasa kejam ke tak bila suami dalam kesusahan ekonomi di tambah plak masalah macam ni terjadi. Aku agak sedih jugalaa, bila aku susah rasa macam ibarat sampah je. Masa senang langsung tak ade merungut. Dalam perkahwinan 6 tahun aku, aku tak meminta ape2 dari wife aku. Sekadar kasih syg aku mahukan.

Sepanjang perkahwinan aku, dapatlah merasa 1 kali wife aku belanja. Aku tak kisah pon. Tapi bila aku fkir2 balik ibarat tak berguna aku psda dia. Start kahwin stiap hari lahir dia aku hadiahkan dia gelang emas, kalau nsk kira dah 5 utas gelang emas, semua ye harga 3k keatas. Tu je la luahan hati aku. Trima kasih yang sudi baca dan komen luahan aku ini. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *