Part yang paling aku tidak suka bile dia selalu mengejek aku sebab aku terlalu banyak berhutang

Salam admin mohon hide apa yang aku nak share. Aku tak tau la nak cakap macam mana. Aku ni wife da kawen nak dekat tahun ke 3. Dari awal kawen aku mintak husbnd beli kan aircond sampi ke hari ni dia tak beli2 kan.

Aku ni stay umah mil. Maklumlah laki anak tunggal. mak dia sihat lagi. even umo 60 pon Gaya macam anak dara. barang2 makeup tak boleh kalah. aku ni bekerja.  boleh je aku ni nak beli aircond sendiri tapi sebab aku nak laki aku ni tau tqnggungjawab.

aku bukan nya berkira tapi aku geram, basikal beribu3 blh beli tapi aircond sebiji pon kedekut yakmat. janji macam2. tunggu bonus la apa la, bile tahun ni bonus tak dapat lagi lah.. dia ni bab2 lain ada gak okay dia contoh makan mahal2 makan sdp2 dia sanggup bayar..

tapi untuk keselesaan isteri memang dia tak bape nak Kesah, aku ni nasib baik la allah tak kurniakan zuriat lagi, mybe sebab dapat Suami kedekut. aku ni banyak makan hati dengan dia and mak dia.

mentang2 aku ni orang mendatang macam hamba dibuatnya. aku ni kerja. balek kerja siapkan makanan cuci baju kemas uma bagai, laki aku yang dia tau, nak pergi kerja baju siap makan siap, balek keje baju letak je dlm bakul.

ayat dia “yang masak apa arini” tak pernah la dia ckp “awk takyah la masak arini “ :. Aku ni kadang3 mcm tak ikhlas nak buat apa2.. bab solat tu satu hal. haihh aku ni kadang2 tak tau nak luah kat spa.

kang aku luah kat socmed aku kene bantai, aku luah kat fmly aku kena ejek plk. sudah nya aku murung lah sorang2. kadang2 aku cerita kat laki aku pasal best nya la wife dapat hadiah macam2 dr husbnd.

kau tau apa reaction dia? “ ko ni suka sgt terpengaruh dalam socmed , g unfollow lah” kadang2 aku tak faham definasi tak mampu dia tu. nak kata tak mampu, beli barang2 branded2.. basikal sama harga ysuku.. haihh bile tegur dia ckp tu minat dia.

bila aku ajak sewa rumah luar dia taknak alasan tak mampu. aku ni bingung kadang2.. aku tak pernah nak impikan rumah mewah.. yang aku impikan umah sderhana biar pon kecik tapi Ckup lah aku dengan dia, sama2 bina pahit manis rumahtangga.

Aku tengok kawan3 Ofice aku yang laki treat wife dia macam2. belum lagi yang Kwn pmpn. mintak la apa saja mesti hsbnd diaorang akan ushakan. tapi bile part aku , senyap dan senyum. banyak kali aku mintak lepas tapi dia taknak lpaskan. 

ni lagi satu nak ckp Klau bab nafkah lagi lawak, dia nak bg Klau rasa ad lebih.. Klau takde lebih takde lah nafkah utk aku, dia Cuma belanja brg dpur, dgn utility rumah je.. yang lain aku byr sdri, lagi satu dia lagsung tak ade hutang under ccris.

Part yang paling aku tidak suka bile dia suka mengejek aku sebab aku terlalu banyak utang. aku kadang2 bile takde duit aku tak dapat la tolong dia nanti bile aku cukup duit gaji aku tinggal cukup2 makan maka dia akan jadi kan bahan jenaka.

sampi satu tahap aku tak cerita apa pon kat dia. Dan aku tak akan share apa2 kat dia. kadang2 bile ada masaalah famly aku banyak simpn dari utk bercerita. aku tak suka bile bergaduh dia akan ungkit. btw itu je luahan aku. aku tak mintak banyak Cuma aku mintak doakan kesejahteraan aku Dan Kurnia kan aku kesihatan yang baik ya kawan2.