Paling sedih sangat suami langsung tidak boleh dengar anak menangis n meragam sedangkan anak memang aktif memang suka memanjat

Asslm , minta hidekan profile saya. Saya dh brkahwin hampir 4tahun anak llki seorang , selama ni saya & suami pjj. Hinggakan anak saya Dah masuk 2 tahun baru suami mampu sewa rumah di kmpg halamannya.kerana suami dh dot kerja tetap.

Bahagianya hati Ni bila boleh tinggal bersama mcm suami isteri lain. Tak sampai sebulan tinggal dengan suami dah rasa macam dah tak boleh hadap,
Paling sedih sangat bila suami Tak boleh dengar anak menangisĀ  meragam sedangkan anak memang aktif memang suka memanjat.

terasa sangat hati Ni bila suami tengking Dan Naik tangan dekat anak. Ya Allah tiap tiap malam menangis teringat apa suami buat. Bukan sekali dah banyak Kali. Kami juga selalu bergaduh dan suami selalu Naik tangan.

suami selalu main game hingga lewat malam, tapi dgn anak Tak pun dia nak main dengan layan anak sampai berjam jam. bila saya tegur Tak peduli pun. yang dia sibuk main game, main game. Bab Duit nafkah dia Tak pernah lupa.

Sentiasa bagi tiap Kali dpt gji. Dia panas baran,maki hamun saya Dan anak. dia selalu cakap saya Dan anak beban sejak kami pindah ikut dia macam2 dia cakap.

Macam2 dia maki. Sekarang saya dah pulang ke kampung saya sendiri, Tak sangup telan kata cacian dia kepada saya. Dah ke pejabat agama untuk urusan penceraian, tapi sekarang Ni ramai tengah pujuk untuk tidak brcerai kerana kesiankan anak tapi suami saya tak pernah minta maaf atau Apa Apa pun dekat saya.

Lagsung tak pujuk atau Apa Apa sampai sekarang. Sekarang saya cuma nak minta pendapat dari semua. Adakah salah tindakan saya? Lupa nak critakan tntg pendapat dia dkt keluarga saya.

Dia cakap keluarga saya Ni teruk cara didikan kepada saya sebab saya balik kampung ibu dn Ayah saya tidak pujuk saya untuk kembali kepada dia dan saya cakap memang mereka mnta saya balik tapiĀ 

cuma hati saya dah Tak boleh terima lagi dia dan selama saya pulang ke kmpg dia lgsung Tak Cari saya Dan anak sampai 10 hri. Anak asyik panggil papa papa ja. sebabkan kesian saya yang mengalah video call bg anak cakap dgn papa nya. skrg dh 3bln saya dn anak di kmpg.