Paling menyedihkan bila pagi2 dia selalu lewat kerja bila dah lewat mula dia akan hempas barang sana sini dan marah saya kerana dia lambat

Assalamualaikum min.. Tujuan utama saya tulis ni hanyalah untuk melapangkan dada dan berkongsi kisah saya semata2. Tiada niat untuk mengaibkan suami. Cuma saya perlukan platform untuk saya melegakan tekanan perasaan saya sebab lepas saya kahwin saya tak ada kawan.

Jadi tolong lah bg saya kata2 semangat dan bukan kecaman. Saya suri rumah sepenuh masa. Berpelajaran tinggi, rupa paras sekadar sedap mata memandang. Suami saya seorang penagih jenis ice.

Dahulu kami hidup senang, suami ada bisnes sendiri, tp dia salah amik jalan, dia penagih yang sangat teruk sampai suka berhalusinasi , selalu pukvl saya dan pernah ugvt. Saya pernah menfailkan cerai tp atas beberapa faktor saya tarik balik kes.

Hari kian berlalu, kami jatuh susah, bisnes suami sudah tiada, suami masih penagih cuma dia dah tak sekuat dahulu (saya tahu pun sebab terjumpa barang suami beberapa kali, saya ingatakan dia dah berhenti 100%).

Kami sekarang hidup atas ihsan keluarga suami dan kerja suami yang tak seberapa. Saya letih. Letih menjadi suri rumah bersulamkan rasa sedih dan tekanan. Saya mmg tak cukup tidur sebab susukan anak malam2. Namun suami mahukan saya untuk masak awal subuh untuk dia bawa bekal.

Suami selalu marah2 bila rumah bersepah , anak sulong saya tgh membesar, 3 tahun. Rutin saya setiap hari adalah sapu, mop, basuh baju, sidai baju, lipat, masak, kemas rumah dan uruskan anak2. Namun bila suami balik rumah ibarat tongkang pecah.

Stokin kerja merata2, baju merata2, tuala lepas mandi merata2, makan tak angkat pinggan, apatah lagi basuh, kalau masak apa2 tak simpan balik, minyak menitik2 atas lantai, air ketom dia selalu menitik2 depan peti ais dia tak lap balik.

Sebenarnya yang selalu sepahkan dan kotorkan rumah ni adalah suami tp suami jenis cerewet tak boleh tengok rumah bersepah walaupun sedikit. Dia kata saya kt rumah takde buat apa. Bulan2 dia cuma bg saya RM200, itu saya kongsi dengan anak2 jika anak2 teringin makan apa2.

saya tak kisah nak bg sikit sbb faham situasi kejatuhan kami, tp duit dia melabur untuk beli rokok, d4dah, ketom, alatan hobi dia lagi banyak. Saya pernah tanya anggaran sebulan dia habis dalam 500 untuk semua tu. Oh ya duit rm200 dia bg sebulan tu pun kadang2 dia pinjam balik.

Paling menyedihkan bila pagi2 dia selalu lewat kerja bila dah lewat mula dia akan hempas barang sana sini dan marah saya kerana dia lambat. Padahal saya dh gerak seawal sejam sebelum dia sepatutnya bangun, dia bangun lepas tu dia sambung tidur balik.

Dia susah bangun sebab dia mengisap, badan dia lemah dan juga sebab dia tidur lewat sbb layan kepala dah sedap kena barang, dia main hobi dia. Saya subuh2 terkejar2 nak masak, gerak dia yang macam m4yat hidup, anak kecik menangis lagi.

Dia balik kerja terus dia sambung ngan hobi dia. Dia umpama tak wujud kt rumah ni. Anak2 pun dia kurang layan. Saya letih dan kadang2 nak tamatakan saja perkahwinan ni. Tp saya malu dengan kawan2 dan org sekeliling serta saya takut.

Masa saya failkan penceraian dulu saya mcm tak dapat support dari siapa2, semua saya uruskan sorang2.. Sebaliknya suami dapat support dari keluarga dia, makcik dia, nenek dia.. dan saya risau saya tak dapat hak penjagaan anak2 memandangkan keluarga suami org yang ada nama (senang beli undang2) sebab pernah terjadi. 

Saya letih mental dan emosi. Saya kesian dekat anak sulong saya yang selalu jadi mangsa tengking dan depression saya. Kadang2 saya menangis sendiri mengenangkan nasib saya, anak sulong saya umur 3 tahun tu dapat lap air mata saya dan peluk saya.

Saya minta doa dari kalian semua, doalah untuk saya dan anak2., doa lah untuk kebahagiaan saya dan anak2.. doakan kesejahteraan saya, doakan supaya suami saya sembuh dan keluarga kami kembali happy. Terima kasih