Pada mula nya dia mengaku pada saya kalau dia adalah isteri kepada suami saya dan kini dia sedang hamil 6 bulan yang juga anak kepada suami saya.

Slm min. tlg hide profile saya ye. Saya just nk mtk pendapat wahai pembaca yang budiman. Saya baru berkahwin 2 bulan. Perkahwinan kami dapat restu dari kedua2 keluarga. Baru2 ni saya dapat panggilan dari seorang perempuan. Dia bertanya apakah hbungan saya dengan suami saya. Pada mula nya dia mengaku dia adalah isteri kepada suami saya dan kini dia sedang hamil 6 bulan yang juga anak kepada suami saya.

Kecewa nya saya masa dapat berita tu. Allah je yang tau. Tapi saya kuat kn diri juga untuk hadap bnda ni. Saya tanya suami dengan cara baik, saya minta suami mengaku semuanya. Dan ya, suami mengaku bayi yang prempuan itu kandungkan adalah anak nya. Tapi, dia menidakkan bila statment mengatakan mereka telah  berkahwin.

Suami menyesal atas perbuatannya dan minta maaf terhadap saya. Dia akn usaha perbetulkan keadaan tetapi bukan dgn mengahwini wanita tersebut  tetapi bertanggungjawab hanya pada anak tersebut dgn memberi wang sumbangan ikhlas setiap bulan. Apakan daya saya min, saya akur dgn ketentuan ini. Saya anggp ni dugaan permulaan dlm suatu perkahwinan.

Hari demi hari, wanita itu masih menghubungi saya, minta saya tinggalkan suami. Dia mengaku dia tipu saya mengatakn mereka telah berkahwin sblm ini. Tapi dia minta saya jgn ganggu suami lg sebab suami bakal jd bapa pd anak yang dikandungnya. wanita tersebut masih cuba menghubungi dan menganggu suami saya. Dia minta suami saya bertanggungjawab terhadapnya dan menikahinya.

Tak habis dengan itu, dia juga berkali menghubungi saya dan orang tua suami. Menuntut suami saya untuk bertanggungjawab. Apa langkah yang perlu saya buat min?  Saya betul2 tertekan dengan kemelut ini sedangkan saya masih sayang kan perkahwinan saya ini.