Pada harijadi perempuan tu saya telah kerumah perempuan tersebut dan mendapati kereta suami saya di sana

Assalammualaikum Admin.. Harap boleh hide profile saya. Saya ingin meminta pendapat dan pandagan dari ahli group. Perkahwinan saya bersama suami yang akan memasuki 4 tahun. Alhamdulillah, setah 2 tahun berkahwin kami telah dikurniakan seorang puteri yang sangat cerdik dan pintar. Saya dan suami merupakan pasangan Jarak jauh pjj. Setelah saya melahirkan anak, saya dapati dia telah curang pada hubungan kami bersama officemate nya..

Semenjak kejadian itu, saya cuba mengumpul bukti mengenai orang ke3. Baru2 ini saya dapati suami saya telah dapat transfer ke Kuala lumpur berdekatan dengan rumah saya. dan berpura2 masih kerja d sana.. hujung minggu sahaja pulang ke rumah. Malangnya suami saya masih mnyembunyikan perkara tersebut sehingga saya menemui email dan menghubungi rakan kerjanya.

Rakannya telah mnceritakan segala2nya mngenai keakraban mereka semasa d sana. Pada harijadi perempuan tu saya telah kerumah perempuan tersebut dan mendapati kereta suami saya di sana. hampir 2 bulan suami saya tidak balik untuk melihat saya dan anak. Keluarga mertua saya telah bekerjasama untuk mencari beliau di tempat kerja. terapi tidak berjaya untuk bersemuka. Tetapi suami saya telah mnghantar pesanan mngatakan beliau telah failkan perceraian Hampa pilu sedih.

saya dan anak telah ditinggalkan umpama bergantung tidak bertali. saya juga telah hampir setahun mnganggur untuk mengikuti beliau kesana.. janji tinggal janji. Apa perlu saya lakukan?
boleh kan saya buat laporan polis mengatakan perempuan itu perampas? saya ade bukti kunci rumah, kereta, email suami mngaku mereka ade hubungan sehingga ingin berkahwin..
saya buntu saya takmahu becerai. saya masih inginkan perkahwinan ini. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *