OK macamni min suami aku ada bisnes sendiri tapi bila orang lain berhutang atau pinjam duit senang senang je dia pergi bagi

salam min ,WARGA KRT , nak minta pendapat. macam mana hadap suami yg suka berkira dengan isteri? dengan orang punya lah pemurah, OK macamni min suami aku ada bisnes sendiri tapi bila orang lain berhutang atau pinjam duit senang senang je bagi.

Tapi bila aku sendiri minta tolong wlopun saya memang niat nak pinjam bukan meminta ,dia bagi pinjam tapi sambil cakap nanti bagi balik cepat cepat klu dah ada. Baru baru ni aku baru tahu n di bagi tahu yang kawan dia baru bayar hutang katanya kawan-kawan dia tu berhutang dah lama hampir 2 tahun min..

tu masa yg sama dulu aku ckp pinjam duit untuk modal niaga.. n aku dah bayar balik beberapa hari selepas pinjam. aku kecewa min.. dulu aku kerap ternampak whatsapp kawan kawan dia minta tolong nak pinjam duit dia senang” bagi gitu je tanpa cakap pun bagi blik cepat”.

adik beradik dia pun suka berhutang masa tu ngan dia ni siap boleh lagi bayar ansur. yang aku ni sebagai wife dia, allah. Aku nak bagi mak aku pun aku kne cari duit tepi, dia dah berjaya dg perniagaan dia tu tak pernah fikir nak bagi duit kat mak aku,

dulu sebelum berjaya aku tak kisah min sebab dia cakap dia tak mampu yela masa tu kerja dengan orang lagi, tp bila dah berjaya ni jangankan ingat dekat mertua, dengan isteri sendiri pun berkira. aku sampai down n mogok tak nak terlibat dg niaga” ni

Aku terpaksa diam. tak nak dah aku jual macam macam..sebab laki aku pun bukanya suka aku ni ada pendapatan sendiri, dia ckp macamni dlu(alahhh baru je macamni kecik je ) bagi dia apa yang aku usaha kan ni kecik tp bagi aku tu bisnes yg bukan biasa biasa orang boleh buat..

(btw aku import barang dr oversea) hanya allah je tahu struggle aku macam mana time nak niaga dlu min..tp senang senang je orang cakap macamtu kat aku kata tak seberapa.  wlopun aku pinjam bukan banyak pun kat dia sbb kurang modal masa tu aku pinjam 1500 k je min kat dia nak cukupkan duit aku yg aku perlu bayar kat seller kat sana klu tak silap dlm 11k”lbih skit je total semua tu. tp tulah min.

Aku takkan lupakan apa dia cakap tu..aku down.. yela orang tua aku kata kalau nak buat apa apa kena ada redha suami. tp dia asyik mengata aku..hina aku ada lah. n now bisnes dia kurang sebabkan pandemic ,dia ada cakap nak niaga makanan n aku yg masak.

ye aku tak kesah nak masak tu aku yakin aku mampu masak sebab aku pandai masak min.. kalau tak pandai masak dia pun tak mungkin suruh aku jual makanan. cume aku sakit hati. dia ketepikan aku. dia ketepikan mak n family aku. dia tak tahu kot mak aku pun dah tak ada kerja.. takde pendapatan.

dlu sebelum aku khwin memang aku yg sara mak pak aku. n yang baiknya aku ni akan bagi duit kat mak tupun curi curi suruh kawan aku transfer.. aku cakap kat family aku tu suami aku bagi. allah. biarlah mereka tak tahu betapa tak PENTING nya family aku n aku sebagai wife dia ni min.

harap pembaca semua boleh cadangkan macam mana cara aku kuatkan diri. Aku kdg buat something jd rasa tak ikhlas dah