Nak dijadikan cerita seorang perempuan pm personal kat mssger dia menyatakan hasratnya untuk mencari isteri ke 2 buat suaminya

Assalamualaikum warga krt. Ini sekadar nak meminta pendapat daripada semua warga krt yang berpengalaman, saya mohon jangan kecam, kerana saya pun tersepit diantara masalah saya sendiri
Saya seorang ibu tunggal, mempunya anak.

Sebelum berkenalanan dengan sebuah keluarga ni, hidup saya tidak lah bahagia sangat tetapi sekurangnya saya tidak dalam tekanan, saya menjarakkan diri saya dengan mana2 orang yang mahu berkenalan. Saya tutup hati saya sepenuhnya dan saya fokus dengan kehidupan saya dan anak sepenuhnya.

Nak dijadikan cerita seorang perempuan pm personal kat mssger dia menyatakan hasratnya untuk mencari isteri ke 2 buat suaminya, pada mula nya saya tak ambil kisah sangat, sehingga la dia memperkenalkan suaminya kpd saya secara face to face, dia set waktu untuk kami bertiga berjumpa.

Dia menceritakan kepada saya tentang mslh yang dia hadapi tidak mampu dari segi memberi anak dan tidak mampu melayan suaminya. Saya meminta mereka memberi saya masa untuk mengenali suaminya terlebih dahulu dan si isteri pun bersetuju.

Dalam tempoh berkawan dengan suaminya selama setahun, saya mulai sedar yang isterinya mula menunjukkn belangnya dan kuasanya sebagai isteri pertama. Mulanya saya tak ambil kisah sangat, krn yang berkahwin tu saya dan suaminya.

Sejak kebelakangan ni dia dah mulai mencari setiap kesalahan saya dan dia menjadikn kesalahan saya untuk tidak menerima saya sbg madu nya. Selama setahun saya banyak bersabar dengan perangainya yang control suaminya daripada berhubung dengan saya.

kadang seminggu suaminya tidak mencari dan berhubung dengan saya kerana isterinya tidak membenarkan dia berbuat demikian. Saya rasa tersiksa, saya dah terlanjur buka hati saya untuk menerima suaminya, dan untuk merasa sakit lagi sekali saya dah tk larat. Lagipun kmi beberapa bulan lg nk melangsungkan perkahwinan.

Saya dah jadi 2 hati nak teruskan, sayang tetap sayang, tapi apa guna sayang kalau selalu dbuli.  Minta komen yang murni2 yee terutama dari pasangan yang berpoligami tak kira suami atau isteri. Minta sangat² pendapat sebelum saya menyesal dan menderita dalam bahagia perkahwinan saya kelak.