Masalahnya sungguh saya tidak tahan dengan sikap isteri saya yang mana isteri selalu bercall mesej bekas teman lelaki

assalamualaikum wbt warga krt. harap mendapat kemulian hidup di dunia dan akhirat. harap min dpt hide fb ni. saya nk minta pandangan warga krt. apa perlu saya buat?. kisahnya begini. saya suami kapada 2 org anak. usia perkahwinan kami baru 4th.

saya dan isteri bekerja. cuma saya ni Allah bg sedikit kelebihan dlm bidang kerjaya di mana pendapatan saya lbh besar dari isteri. Saya tidak pernah abaikan tanggungjawab pada steri dan ank2.

nafkah zahir mahu pun batin. segala perbelanjaan rumah saya penuhkan. bukan itu sahaja, duit khas untuk isteri pun saya tak pernah miss walaupun 1 bulan. every month saya bank in.

Nak kata byk tak juga, tapi hampir separuh dari gajinya bekerja. saya tak kisah, saya yakin Allah akn gandakan rezeki kami sekeluarga.

Malangnya sungguh saya tidak tahan dengan sikap isteri saya yang mana dia selalu call dan mesej bekas teman lelaki lama. apa jua perayaan dan hari istimewa spt hari jadi, hari bapa, hari bekerja, ntah hari apa lagi.

dia akn ucapkan pd ex nya. dia pernah ckp sebelum ni, kawan biasa. saya ada ckp padanya dulu yang saya pun ada juga ex. tapi saya tak pernah mesej atau cll sebab saya nak jaga hubungan kita. saya pernah terbaca dlm mesej, agak mesra perbualannya.

siap bg mesej bunga pd ex nya. saya tahu, mereka saling call antara satu sama lain. maklumlah, isteri guna talian post paid. jadi ada bil terperinci. masa isteri cll ex nya waktu kerja. jadi dia anggap saya tak tahu.

mesej pun dia dah delete sblm pulang kerja. mgkin terlupa delete, saya sempat tgk beberapa kali. saya diamkan sahaja. saya bukan takot, tapi sayang pd keluarga saya.

Saya takot sesuatu keluar dari mulut saya yg boleh putuskan hubungan kami. skrg saya fikirkan anak jer. risau ank kehilangan bapa atau isteri. utk pengetahun semua, kerja kat rumah ada juga saya bantu.

mcm jemur pakaian dan masak utk family. saya tak kisah. kesian kat dia sb penat kerja. sepanjang perkahwinan kami, rasanya tak sampai 20 kali dia masak utk saya. saya ok jer. itu tak jadi isu.

Cuma dia suka kemas rumah. saya sepahkan kat dapur, dia kemaskan smbil bebel. apa jer dia nk makan, dia request jer. saya masak. ini tak dijadikan isu pun. cuma saya agak terluka dgn cara dia masih berhubung dgn ex nya. minta sgt bantuan warga krt.

saya yakin dia akn tgk post ni sb dia juga pernah citer kat saya pasal krt. harap rakan krt bg pandangan yg membina ya. jgn kencam isteri saya. baik buruknya kerana saya sb saya suaminya. semoga rakan krt mendapat kerahmatan hidup di dunia dan akhirat. aamiin