Masalahnya suami saya tak benarkan bukan mahram masuk ke rumah akhirnya ibu saya pun cakap tak apelah kalau macam tu

Assalamualaikum min,mohon hide.
Luahan saya hanyalah untuk minta pendapat dan nak tengok adakh isteri2d luar sna pernah mngalami nasib seperti saya.

Ceritanya begini, suami saya selalu sebelum pergi kerja selalu berpesan dengan saya jaga aurat jaga maruah suami dan jangan benarkan bukan muhrim ke rumah.

okey, pendekkan cerita, ibu dan adik saya datang ke rumah sebab kebetulan kat rumah ibu saya tu air tak ade satu taman. jadinya ibu saya datang nak makan kat rumah saya lah kiranye,

tapi adik saya bawa seorang kawan lelaki, saya rsau je. sebab kawan adik tu bukan mahram saya, jadi saya beritahu dengan ibu.

Masalahnya suami saya tak benarkan bukan mahram masuk ke rumah akhirnya ibu saya pun cakap tak apelah kalau macam tu, kiteorang balik, nanti banyak masalah.

suami saya  tak tahu lagi, sebab msa tu dia tengah busy kerja. saya tak pernah terniat nak cakap ibu adik beradik saya menyusahkan. saya cuma cakap je, yg budak tu bukan muhrim tak boleh masuk.

Apa patut saya buat. dan ada ssiapa yg arif tentang hukum hakam ni. Ataupun ssiapa yg pernah kena situasi mcm saya.