Masalahnya suami merayu supaya saya keluarkan duit persiapan untuk melahirkan tapi memandangkan kami tak ade kereta lagi saya bersetuju nak bayar 10K

Salam krt. Mohon hide ye… saya nak mintak pendapat. Saya baru berkahwin bulan 8 tahun lepas dan sedang mengandung 7 bulan. Due date insyaAllah raya ke 4 nanti.. Alhamdulillah baby sihat dan semua kelengkapan nak sambut baby dah siap 95%.

Untuk pengetahuan saya ada simpanan lebih kurang 15K untuk sambut baby saya ni memandangkan kehamilan saya agak berisiko (hb low dan keturunan dar4h tinggi).

Tapi baru2 ni suami nak beli kereta Honda harga cecah berpuluh K jugak walaupun hanya kerete second.

Masalahnya suami merayu supaya saya keluarkan duit persiapan untuk melahirkan tapi memandangkan kami tak ade kereta lagi saya bersetuju nak bayar 10K deposit dan family saya pun setuju nak bantu dalam 8K selebihnya suami kena buat loan dlm 10K lagi. Janji nama kereta tu nama saya walaupun suami yg bayar loan bulanan.

Tapi bila difikirkan semula, selepas dengar 2 cerita kawan sya yg suami cur4ng semasa mengandung & dalam pantang saya jadi was2 nk beri duit tu kat suami selepas alasan nk beli kereta Honda hanya kerana nak naikkan level dia sebagai jurutera + nak menayang dengan kawan2 dan sedara dia di negeri pantai tmur waktu raya nanti.

Dek kerana sepanjang saya mengandung ni keluarga mertua tak pernah tanyakan khabar saya or baby dalam kandungan ni walaupun ini adalah cucu pertama mereka,

saya jadi sakit hati bila membayangkan mereka bakal tumpang naik kereta tu nanti walaupun nama kereta atas nama saya… boleh tak warga krt bagi pendapat sejujurnya… terima kasih… maaf kalau ayat terabur.