Masalahnya semalam suami buat benda yang sama lagi dia wasup kakak saya siap cakap lagi yang dia ada perasaan tersuka kat kakak saya

Askum admin saya nak minta pendapat semua. saya isteri dan ibu pada 3orang anak. macam ni saya dah berkahwin nak masok 11 tahun.

masa tahun pertama kawin saya mengandung anak sulung saya dapat tahu yang suami saya curang belakang saya dia boleh chat kakak saya menyatakan yang dia suka kat kakak saya yang dia boleh susah senang sama2 kakak saya.

masa tu kakak saya pon tak bagi tahu saya pon pasal ni.. tapi kakak saya ada cerita kat tmpt kerja dengan kawan2 semua yang ada lelaki chat dia suka kan dia sangup susah senang sama2 tapi kakak saya sikit pon tak nak jujur bagi tahu saya.

Sehinggakan saya tak sedap hati dan saya selidik memang betol orang yang kakak saya maksud kan tu suami saya dan adik ipar dia.

Bila saya dapat tahu saya tanya kakak saya boleh cakap dia tak bagi tahu saya takut saya gaduh suami isteri masa tu hanya tuhan je yang tahu perasaan saya dengan tengah mengandung lg.

Lepas tu suami minta maaf dan tak akan ulangi lagi tapi dia tetap sama ada yang lebih teruk tapi bukan dengan kakak saya cuma saya tak nak aib kan dia. pastu diam sekejap dia ulang balik chat kakak saya minta maaf saya maafkan dia.

Masalahnya semalam suami buat benda yang sama lagi dia wasup kakak saya siap cakap lagi yang dia ada perasaan tersuka kat kakak saya dia tak rasa malu ke dengan kakak ipar cakap macam tu.

kakak saya marah tak bagi dia wasup takut saya tahu dia boleh cakap kat kakak saya tak akan marah kalau kakak saya tutup mulut.

saya betol2 malu dengan suami saya kenapa kakak saya kenapa bukan dengan orang kalau dengan orang lain saya tak semalu ini nak berhadapan dengan keluarga saya.

kali ni saya betol2 dah tawar hati kat suami saya nak failkan perceraian. Dia cakap dia cintakan saya tapi pada masa yang sama dia juga cintakan kakak saya.

saya btol2 tak boleh terima.minta pendapat kawan2 apa harus saya lakukan.