Masalahnya sekarang ni dia ada kenal dengan seorang lelaki yang bisnesman katanya jadi dia cerita lar masalah dia dan dia buka aib psal kita suami isteri

Admin,boleh shared kan kisah saya ni. situasi sekarang ni cerita dia macam ni. Aku ada trouble besar sekarang ni dengan isteri aku sampai aku Kene buang dengan isteri aku sekarang ni so ak decide ak mengalah ak blik lar rumah family ak dlu dengan sehelai sepinggang.

masalahnya harta rumah kereta yang dia tinggal dia guna sekarang ni hasil sepencarian kita bersama selama ini.
Masalahnya sekarang ni dia ada kenal dengan seorang lelaki yang bisnesman katanya jadi dia cerita lar masalah dia dan dia buka aib psal kita suami isteri dengan lelaki tersebut

Sampai lelaki tu kesiankn dia dan bantu dia modalkn bisnes jual air online gak macam ni. so dia sekarang termakan budi dengan lelaki ni dia cakap lelaki tu caring lar dengan dia semua sekarang, abis aku ni suami dia jdi tunggul ke? sampai 1 hari ak intip dan terkantoi bini ak sekarang hari2 berjumpa dengan lelaki ni siap bawa anak sekali.

aku nampak dengan mata kepala ak sendiri. so ak bertengkar dengan dia lps tu, tapi dia tetap nak backup lelaki tersebut. dia suruh ak beri tempoh dia taknk bercerai dengan aku. ak pon kecewa sangat.

1 hari ak carik di fb bini ak ni dan aku terjmp jugak FB lelaki niĀ  then aku stalker abis fb lelaki tersebut rupa2 nya dia ni laki orang jugak dan ada anak kembar 3 lagi. so nampak tak kat sini sama2 membuat pencurangan.

kalau berbisnes pon perlu ke nak jumpa hari2? aku cakap dengan dia suruh berubah kita sama2 berubah tapi dia enggan dia ckp nnti mintak bagi dia masa semua? ini bkn soal tak bg duit ke ap?

kalau dah laki bini then bersama2 semula bole je crik rezeki sama2 bole kerja semula mesti ada jalan punya ini masalah dia sekarang ni tetap nk tinggal separate dengan aku tak bg ak blik dengan dia dan balik rumah tu semula.

so korang rasa apa yang ak perlu buat sekarang? kite orang belum bercerai sah lagi sekarang ni, memang lar kite orang ada big trouble sebelum ni dah hampir nak masuk 2 bulan ak dengan dia hidup separate ni.

dia langsung tak beri ak peluang semua tak pujuk ak pon suruh balik rumah tu semua. maksud nya dia masih nk berhubungan dengan laki orang tu. yang lelaki tu pon 1 tak padan dah ada anak bini semua tapi still nk rapat nk kacau dengan bini orang gak.

korang rasa ap yang perlu ak buat? dah macam2 benda dah yang aku pkir dalam kepala otak ak ni. lelaki yang dia kenal tu pon bkn lelaki yang baik sbb dia gunakan harta dan duit dia untuk pikat perempuan dan rapat2 dengan perempuan lain seda gkan dah berkahwin dan dah beranak kembar 3 lagi.

Sebab ak tgk FB bini lelaki tersebut. tgk macam dorang pon tgh dlm masalah sekarang ni. so sekarang situasinya ak yang jdi mangsa. ak dah bg bukti dekat bini tunjuk gmbar2 lelaki tersebut dah kahwin semua ada anak kembar 3 semua tapi bini ak hanya cakap dia memang takkn ada ap2 hubungan punya dengan lelaki tu so ap motif gantungkan hubungan ni? Musayakil.

Sekarang aku jadi lelaki dayus gak ak nak lepaskan tapi ak pkir anak ak sorang yang masih berumur 4 tahun sekarang ni. ak sebenarnya sedih. smpai bila lar dia nk hukum ak macam ni. so ak nak buat keputusan aku kene lepaskan dia jugak. tapi sekarang ni lockdown mahkamah syariah pon tutup sekarang ni semuanya jadi tergendala sekarang ni. Susah betul ar !