Masalahnya sekarang Laki yang aku cerita ni memang nak ajak aku kawin tapi dia kata tunggu dulu so aku tau duit takdak lah tu ni kenyataan ok

salam min..salam semua warga net.. utk snang cerita,bahasa kan diriv “aku” cukup lah eh. okey kisah dia macam ni.ada lah bberapa laki orang ni,aku tak reti nak karang katogori apa tapi ada dlm 2 org ni lah dlm cita bawah ni.

Aku umur dah 36tahun, belum menikah dan tak pernah menikah, kira bujang nak ke anrdantu gamaknya. maybe salah satu aku ni susah nak suka kat orang agaknya, lebih tepat fobia nak sayang atau disayangi. Tapi dari dulu lagi ,asal laki nak kat aku je .

mesti muda dari aku 3 atau 4 Tahun. tapi macam aku cakap laki nak pun, bukan yg nak buat isteri. suka2 agaknya nak bercinta pastu boleh ehem2 kot. tu sebab aku malas kalau jenis asyik nak ambil kesempatan je.

bukan nak halalkan jadi aku memang akan awal2 uji pastu nampak gaya macam kegatalan nk buat main2 aku blah gitu je. kang di tebuk2 aku, aku kena tinggal rugi pulak. sorry lah mmg ramai laki spesis gitu.

nak kata aku ni sksi, cantik, jauh sekali. manis tu ada. hahahaha tapi yelah stres jgk min, kalau orang ajak couple je nampak gaya ke arah bukan. Aku ni jahat gak, tapi kalau ada cara elok orang ambil didik. elok jadinya tapi tulah.

ujian bg aku.. tak kisah yg muda bujang, yg mengaku bujang, yg jujur dah berbini anak pinak berduyun2 berdozen pon ada. Aku pun tak faham lah mamat2 ni punya peragai. aku jenis jujur je.

kau dah kawin. setakat nak berkawan hello2 hai2 aku ok. kalau dh nampak macam lain machiammm tu. memang aku sound terus. tak kisah lah dia buat kisah drama, bini dia itu ini lah apa lah..

aku malas ambil kisah. ada 1 kisah mamat ni, cerita pasal masalah dia dgn bini dia. Bila aku cakap bawa nak jumpa bini dia atau minta nak contact pandai pula tak bagi, kata dah tak sayang bini bagai, hidup terpaksa bagai.

tak sentuh bini dah berbulan2. bila aku cakap nak jumpa je tup2 kata bini tgh mgandung, ngadung celah mana kalau kata tak sayang. lama dah tak tunaikan tgjawab batin. tak ke ketum mamat tu.

pastu boleh pulak dia tanya aku, tu dia pelik kenapa bini dia ngadung. waduhhh boleh stres aku min kalau fikir. Last aku block je. Tenang hidup aku. salah aku jugak aku rasa sebab aku tak kisah pun kalau nak bermadu tapi pastikan bini dan keluarga masing2 tahu dan redha dapat izin.

Kalau takda tu bye je bagi aku. semak kepala je kalau bini  keluarga masing2 tak tahu or tak redha. Aku penat sebenarnya, penat mengelak sana sini.

kalau msg borak2 kosong pon aku mesti akan selit tanya pasal anak bini @ family @ mertua, nak bagi diorg2 ni ingat diorg ni ada anak bini @ family semua..

Macam Aku cakap tadi, aku tak kisah bermadu tapi dgn syarat bini dia family dia mertua dia kena tahu. kalau tak jgn sesekali nak suara kan utk tambah bini.

Setakat duit belanja , masing sama2 boleh cari. tapi tu lah salah satu punca laki ni dah tau bini anak dok ada pun tak cukup lagi nak menambah.

yg ni laki org yg lain yamg ni dia tak penah pun burukkn bini dia atau bagitau masalah sekian2 dengan bini dia. Habis kuat dia cakap biasa lah laki bini ada masalah. Jadi aku respect 1 lah mamat ni dia jujur dan takde buruk2 kan bini dia ke atau cerita masalah teruk2 ttg rumah tangga dia.

Bila aku tanya pon dia tak akan jawab. Dia kata tak elok cakap aib2 ni. Jadi aku nasihat ,walaupun masalah yg ada bawa lah berbincang laki bini. Jangan lah cari org luar.

pastu dia cakap aku tak faham. Memang tak faham lah kalau tak cerita, sampai skrg aku pun tau tau apa masalah mamat ni, bini lawa kot.

Dari aku tgk fb bini dia lah. Keja pun boleh tahan rupa pon cantik. elok lah orang kata. tapi tak tau apa punca dia. Lagipun tak kan aku nak tanya2 pulak.

Aku dah rimas kalau tanya sebelah pihak je. kena tanya kedua2 nya. tapi kalau tanya nampak busy body pulak. Jadi aku abaikan ja lah. Aku malas nak percaya apa mamat tu cakap. cuma aku ttapi tak puas hati pulak kenapa lelaki tu jadi macam tu. Dia nak apa sebenarnya. Ouh lupa nak bagitau.

Masalahnya sekarang Laki yang aku cerita ni memang nak ajak aku kawin tapi dia kata tunggu dulu so aku tau duit takdak lah tu ni kenyataan ok. bila aku tanya nak bertambah mampu ke , macam biasalah jawapan.

Duit boleh cari. sekarang tengah usaha buat 2-3 kerja. dia nak sungguh2 aku min.. aku dah buat kepala batu ,aku buat macam2 bagi dia benci aku.

aku keje dekat mall. Jadi mmg dia boleh dtg saje² tmpt keje aku kalau aku tak reply msg ke atau aku block whatsaApps dia. Aku pon tak tau nak lari mana dah. Aku anggap dia macam adik2 aku min.

Sebab macam aku cakap, aku memanglah nak orang yg serius buat aku halal utk dia, tapi ni laki org. aku dah buat macam2 cara dah. supaya dia sedar sikit dia tu laki orang anak berderet2 dah.

kalau bini dia tak kisah, aku pun tak kisah. Ni ntah bini dia tau ke tak dia duk ada hati kat perempuan lain. dia desak2 aku min. setiap kali dia cakap rindu ke sayang. Memang aku cakap igt anak bini oiiiii..

tapi macam gila pulak dia, kata nak sayang aku jugak. Awak pun bakal bini saya. tu aku tak tau dah nak buat apa min oiii.. kami tak pernah lah kalau jumpa berdua2 je min, selalu dia akan dtg jumpa dkt tmpt keje

aku ja..aku pun tak apa dia kemaruk sgt.nak banding aku dgn bini dia,jauhhh sgt jauhhhh.. mungkin dia tak hidup serumah sembumbung dengan aku lagi kot.tu tergila lain macam.

kang kawin menyesal tau gila aku macam mana. buat para² isteri tu ,percaya pada suami pun tolong lah cek hp ke peragai diorg sikit. kalau korang jenis tak kisah laki korang ada perempuan lain tak apa.

yg kisah ni tolong lah pantau suami korang tu.. Dapat jenis perempuan yg dah tau laki tu nak dia, di suruh tinggal anak bini bagai tak ke naya. aku ni pulak rimas. Bila laki2 orang nak kenal berkawan bagai.

nak kawan ajak bini sekali.tu baru  berkawan sama2 kan..takdak masalah ,saja nak luah. kot ada bini2 kat sini terbaca. So tolong 0.01 peratus buang percaya sikit kat laki tu.

takut jenis baik elok depan bini, kat belakang. ok lah pening dah ,aku doakan bini dia ada rasa laki dia ada perempuan lain. so biar dia ajar laki dia kalau dah tau tak boleh handle kalau tambah madu.